Semalam negara digemparkan dengan kes bunuh yang membabitkan seorang lelaki yang didakwa membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan.

Menurut bapa mangsa, Rosman Ahmad yang berusia 58 tahun, melalui maklumat yang disampaikan oleh jiran, terdapat pertengkaran yang berlaku diantara anaknya dan juga suspek – iaitu suami mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau yang tahu mengenai kejadian ini melalui ahli keluarganya yang lain kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan melihat anak perempuannya berumur 26 tahun sudah terbaring berlumuran darah di hadapan pintu rumah.

“Bila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.

“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya.

Menurut laporan BERNAMA, suspek dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel. Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

Suspek yang berusia 24 tahun kemudiannya ditahan oleh pihak polis dalam keadaan bogel ketika menunggang motosikal. Turut dirampas adalah sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai senjata yang digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa.

Dengar orang jerit “kau apa hal?!”

Seorang jiran, Ahmad Zaini Ismail yang tinggal di hadapan rumah pasangan itu akui terdengar jeritan terakhir suspek “Kau apa hal?!” sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.

“Ketika itu saya di depan rumah, memang saya dengar suara lelaki itu menjerit sebelum kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Manakal anaknya, Mohd Noor Haikal yang berusia 14 tahun sedang bersiap mahu ke sekolah, namun terlihat suspek mengheret mangsa dari dalam rumah.

Beliau yang tidak jadi ke sekolah selepas itu kerana trauma berkata, mangsa ketika tu sudah tidak bergerak dan berlumuran darah sebelum ditinggalkan suspek di hadapan pintu rumah.

“Saya kemudian dengar anak mereka menangis dan nampak suspek masuk ke dalam rumah mengambil anaknya dan kemudian meletakkan bayi itu di tepi ibunya.

“Saya nampak suspek pegang pisau pemotong daging, tetapi saya takut dan terus bergerak menaiki motosikal bersama abang saya untuk ke sekolah.

“Saya tidak mahu masuk campur, tetapi saya tidak sangka anak mereka juga turut dicederakan,” katanya.

Mungkin ada masalah di tempat kerja

Bapa mangsa akui terkejut dengan kejadian yang menimpa anak perempuan dan cucunya yang meninggal dunia dipercayai dilakukan oleh menantunya sendiri.

Melalui temubual dengan Harian Metro, beliau akui anak dan suspek adalah pasangan yang bahagia dan mereka tidak pernah bergaduh.

Beliau turut akui bahawa menantunya bukanlah seorang yang panas baran.

“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja,” katanya.

Difahamkan bahawa suspek sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci di stadium sebelum berhenti dan kemudiannya bekerja sebagai tukang cuci kapal di Pasir Gudang.

Ibu mangsa, Norazlina Hamdan yang berumur 50 tahun terkejut dan reda dengan kejadian yang menimpa anak dan cucunya.

“Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.

“Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik,” katanya pasrah.

Suspek bunuh anak hanya ‘berzikir’ dalam tahanan, polis tidak tolak kemungkinan ada kaitan ajaran sesat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Suspek Bunuh Anak Hanya ‘Berzikir’ Dalam Tahanan, Polis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Kaitan Ajaran Sesat

Sakit Hati Kerana Kerap Dimarahi, Wanita Ini Bunuh Ibu Mertua Dengan Racun Biawak

Cederakan 17 Orang Dalam Keretapi, ‘Joker’ Jepun Akui Kesal Tidak Berjaya Membunuh