Memang tidak dinafikan permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang ( MLBB) dan PUBG telah menjadi kegilaan ramai pada hari ini. Selain bermain, para peminat juga sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata mahu mendapatkan kosmetik di dalam permainan tersebut.

Menerusi video di TikTok yang telah dimuat naik oleh @wanadilah_, dapat dilihat gelagat seorang isteri yang sedang melakukan soal siat selepas beliau mengetahui kos sebenar wang yang dihabiskan oleh suaminya pada permainan online kegemaran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@wanadilah__

Replying to @Haziq Mhm btul dh kak oyak terial card. Kea @Kiaizzkhan , baik ngaku klu x tido luar plk #mobilelegends #fyp #valorant #elderframe

♬ original sound – wanadilah__ – Kak D & Abe K magik

Apa yang lebih melucukan adalah si suami dilihat cuba memutar belitkan fakta kerana takut dimarahi oleh isterinya. Bagaimanapun, tindakan beliau untuk menipu gagal kerana isteri dapat menghidu penipuan berdasarkan komen-komen netizen di video tersebut.

Susulan tularnya video berkenaan, kini telah berjaya meraih 508,000 tontonan, 46,300 likes dan juga komen sebanyak 1,703 komen. Berikut merupakan adalah komen menarik yang dikongsikan oleh netizen di TikTok.

Sumber Gambar: TikTok wanadilah_
Sumber Gambar: TikTok wanadilah_
Sumber Gambar: TikTok wanadilah_

Berdasarkan sebahagian komen yang ditinggalkan oleh pemain ML sendiri, anggaran jumlah perbelanjaan yang telah dihabiskan pada games tersebut sudah mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 dan ke atas. Hal ini kerana para pemain perlu spin  dalam jumlah yang besar untuk memiliki kosmetik istimewa menerusinya.

Konklusinya, anda boleh sahaja membelanjakan wang untuk permainan yang diminati jika berkemampuan. Tetapi, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab hakiki terhadap keluarga. Malah, di dalam Islam juga telah mencegah anda daripada menghabiskan wang pada perkara yang sia-sia.