Wanita adalah makhluk verbal, lelaki pula adalah makhluk visual.

Lelaki lebih impulsif, wanita pula lebih over-analyze.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara jelasnya, wanita amat berbeza berbanding lelaki.

Bak kata orang sekarang, “Men are from Mars, women are from Venus”.

Sebagai wanita, kita amat menyenangi perkataan ‘I love you’ diungkapkan di telinga. Namun 3 perkataan ini mungkin tidak meninggalkan kesan di hati suami sama seperti di hati kita.

Berikut adalah 9 perkara yang lebih meninggalkan kesan di hatinya:

1. Perhatian Tidak Berbelah Bahagi

Via Datakay.blogspot.com
Datakay.blogspot.com

“Apabila otak lelaki melihat anda memeriksa telefon semasa sedang makan malam, secara tidak sengaja, mereka akan menafsirkannya sebagai ‘saya tak penting,'” kata seorang pakar terapi perkahwinan, Mike Dow, PsyD. Ini adalah kerana otak lelaki telah dilatih hanya untuk fokus kepada sesuatu perkara pada satu-satu masa serta tidak mengendahkan gangguan-gangguan lain, menurut beliau.

Wanita pula berfungsi secara berbeza. Lebih mudah untuk multi-tasking (fokus kepada pelbagai perkara pada satu-satu masa), kadang-kala mungkin kita terlepas pandang perbezaan ini.

Apabila anda memberi sepenuh perhatian kepada suami tersayang, ia akan ditafsirkan sebagai, “Awaklah keutamaan saya, saya sayangkan awak,” jelas Dr. Dow.

Berkatalah dari mata ke mata, hati ke hati, sambil menepis gangguan lain, si dia akan terasa getaran cinta anda dan membalasnya semula.

2. Makanan Kegemarannya

Mediacinta.com
Mediacinta.com

Benarlah pepatah orang-orang tua: ‘Dari perut turun ke hati.’

“Mengetahui makanan kegemarannya tanpa bertanya menunjukkan betapa dalam anda mengenalinya. Dan pasangan-pasangan yang mengetahui perkara-perkara kecil tentang satu sama lain mempunyai perkahwinan yang paling membahagiakan,” kata Dr. Dow.

Dalam kes di mana suami anda menggemari semua makanan yang anda masak, cuba makanan yang manis dan beraroma, seperti pai labu! Kajian oleh Alan Hirsch, PhD, dari Smell & Taste Research Foundation di Chicago menunjukkan makanan dengan aroma manis membangkitkan ‘semangat’ lelaki lebih hebat berbanding aroma-aroma lain.

3. Memakai Pakaian Yang Dia Sukai

Google+
Google+

Mencantikkan diri memberi mesej bahawa anda sentiasa mahu kelihatan menarik di matanya, tidak kira berapa lama anda berdua telah hidup bersama.

“Otak lelaki lebih bertindak balas kepada isyarat visual berbanding otak wanita,” kata Dr. Dow.

“Melihat anda memakai pakaian yang disukainya memberitahu bahawa anda menginginkan dia.”

Dan warna merah terang (scarlet) works best.

Satu kajian oleh pasukan penyelidik di Universiti Rochester di New York mendapati bahawa wanita yang memakai pakaian merah adalah afrodisiak kepada kaum lelaki.

4. Menjaga Diri Sendiri

Pinterest
Pinterest

Mengelakkan stres, makan secara sihat, bersenam, berhenti merokok dan melawat spa mungkin berbunyi seperti anda sedang memanjakan diri sendiri, tetapi ini juga menunjukkan anda mencintainya.

“Usaha anda ini memberitahunya, ‘saya mahukan hidup yang panjang dan seronok dengan awak.’ Saya tidak mahu awak mengalami pengalaman kehilangan orang tersayang,” kata Dr. Dow.

Dan, apa lagi motivasi yang lebih baik untuk kekal sihat?

5. Berikan Pujian

Coachjon.com
Coachjon.com

Berdekad lamanya, lelaki yang mampu berlawan dan menyediakan keperluan kepada isteri dan anak-anak dilihat sebagai lelaki yang kuat.

Tunjukkan ‘hint’ bahawa anda memandangnya dalam cara dia mahu anda melihatnya, iaitu sebagai: pencari nafkah yang menyediakan keperluan keluarga, penyelesai masalah, handyman dan pahlawan yang gagah perkasa.

“Pujian yang ikhlas tentang paras rupa dan kekuatannya mengesahkan bahawa anda mengkagumi beliau, yang bersamaan dengan cinta,” kata pakar psikologi klinikal Andra Brosh, PhD.

Apabila dia membuka penutup air mineral atau jem dengan mudah, katakan anda bertuah memiliki seorang lelaki kuat menemani hidup anda. Dia pasti akan ketawa gembira.

6. Galakkan Dia Menikmati ‘Me Time’

Astro Awani
Astro Awani

Walaupun anda mungkin tiada masalah meminta ‘me time’, dia mungkin mempunyai masalah memintanya.

Dari semasa ke semasa, cadangkan beliau untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan, main video games, mencantikkan keretanya atau sekadar berehat.

“Ini menunjukkan sokongan dan kebebasan untuk beliau menjadi diri sendiri,” kata Dr. Brosh.

7. Meminta Nasihat

Trending Indo
Trending Indo

Si dia mahu menjadi orang penting dalam hidup anda. Secara alami, si dia juga seorang penyelesai masalah.

Tanyakan pendapatnya dan mintalah nasihat. Tanyakan pendapatnya tentang bagaimana cara terbaik meminta kenaikan gaji daripada bos anda. Ini menunjukkan anda mempercayai dan menghargai pertimbangannya.

“Apabila seseorang lelaki dapat memperbaiki sesuatu, dia akan berasa cekap dan berguna,” kata Dr. Brosh.

“Bertanyakan pendapatnya menunjukkan anda bergantung kepadanya dan dia punya tempat istimewa dalam hidup anda. Keperluan, pergantungan dan cinta – ketiga-tiganya berjalan seiring (dalam sesuatu perhubungan.)”

8. Ucapkan Terima Kasih

Radio 24
Radio 24

Setiap kali sang suami menghntar anak ke sekolah atau membuang sampah, tunjukkan kegembiraan anda.

“Dalam hidup serba pantas, kita selalu terlupa melihat perkara-perkara kecil dan sang suami mungkin terlupa meminta apa yang dia perlukan dari kita. Dia juga punya perasaan. Jadi katakan, ‘terima kasih, saya amat menghargainya,'” jelas Carin Goldstein, pakar terapi perkahwinan dan keluarga berlesen, juga pengasas laman web BetheSmartWife.com.

Mengucapkan terima kasih akan memperbaiki sikapnya dan menyemai rasa feel-good dalam hubungan anda berdua.

9. Pelukan Hangat

Fifoto.com
Fifoto.com

“Wanita berhubung secara lisan, lelaki pula berhubung melalui sentuhan,” kata Goldstein.

Sebelum ke tempat kerja, selain salam dan kucupan di pipi, berikan satu pelukan hangat yang panjang buatnya.

“Peluklah sekurang-kurangnya 7 saat. Ianya lama. Tetapi ada sesuatu tentang tempoh itu yang memberinya terasa sesuatu.”

Tanpa ragu, anda juga akan menyukainya.

Sumber