Sepasang suami isteri di Madhya Pradesh, India telah mengupah 4 orang pengawal serta menempatkan 6 ekor anjing kerana ingin melindung empat batang pokok mangga Jepun ‘Miyazaki’ yang ditanam di ladang milik mereka, lapor Times of India.

Difahamkan, empat pokok mangga Miyazaki yang ditanam oleh Sankalp Parihar dan isterinya Rani ini dikatakan sedang rendang berbuah di atas pokok. Disebabkan mangga ini ‘rare’, ia dilaporkan terjual pada harga lebih Rs 21,000 (~RM1,174) sebiji.

Sankalp turut menjelaskan yang dia telah membeli anak pokok mangga Jepun ini sejak empat tahun lalu daripada seorang lelaki semasa dalam perjalanan menaiki keretapi menuju ke Chennai.

“Empat tahun lalu, saya mengembara bersama isteri saya ke Chennai untuk mencari anak pokok kelapa jenis hybrid.

“Dalam perjalanan menuju ke Chennai menaiki keretapi, secara kebetulan saya berbual bersama seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan saya.

“Saya beritahu kepadanya yang saya merupakan seorang petani dan secara tiba-tiba lelaki itu menawarkan anak pokok mangga berharga Rs 2,500 (RM140) sebatang. Katanya ia sangat istimewa.

Disebabkan rasa ingin tahu mengenai keistimewaan yang ada pada pokok mangga tersebut, tanpa berfikir panjang, Sankalp pun belilah anak pokok mangga ini. Kemudiannya, ia ditanam dan dinamakan sebagai Damini sempena nama ibu Sankalp. Berkat nama ibunya, pokok ini tumbuh mekar dan mengejutkan apabila ia mengeluarkan buah mangga yang berwarna merah, rare bukan?

8df4447e3329e743f3c3bbbeac814d85
Mangga Miyazaki Tanaman Sankalp Parihar. Kredit: Times Of India

“Pada awalnya saya tidak yakin ia akan berbuah. Tetapi setelah ia berbuah, baru saya sedar yang mangga ini sesuatu yang unik, cantik pula dan jarang ditemui.

Berita mengenai buah mangga yang ditanam oleh Sankalp mulai tular dan susulan itu, muncul beberapa orang usahawan dari Surat dan Mumbai yang mahu membelinya dengan penawaran harga lebih Rs 21,000 (RM1,174) sebiji.

“Baru saya sedar bahawa ia sangat bernilai sampai ada pembeli yang sanggup menawarkan harga lebih Rs 21,000 untuk sebiji mangga ini. Namun buat masa ini saya belum mahu untuk menjualkannya.

“Sejak itu saya mula mengusahakan ladang pokok mangga ini, bermula dengan penanaman 50 batang anak pokok sehinggalah kami berjaya menanam 150 pokok mangga Miyazaki setakat ini.

Disebabkan rasa manis yang unik tambahan pula harganya mahal, pada tahun lepas, ada juga antara mereka yang berniat jahat dan cuba mencuri buah mangga Sankalp. Demi keselamatan tanaman ini terjamin,4 orang pengawal diupah dan menempatkan 6 ekor anjing untuk mengawasi ladang mangga ini.

Untuk rekod, media Jepun pernah melaporkan bahawa buah mangga Miyazaki pernah terjual paling mahal di dunia dengan harga RM15,100 per kilogram dalam nilai pasaran antarabangsa pada tahun lepas.

Baca lagi mengenai ‘Boss Susu’ yang sanggup berhentikan tenaga mahir dari Thailand kerana yakin bakat anak tempatan menerusi pautan di bawah.

Sanggup Berhentikan Tenaga Mahir Dari Thailand, ‘Boss Susu’ Yakin Bakat Anak Tempatan

Australia Perlukan 7,000 Pekerja Petik Buah, Janjikan Ganjaran Sebanyak RM300,000

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Mencipta Game Boy Dengan Menggunakan Sebuah Tembikai