Nota Editor: Pandangan ringkas ini asalnya diterbitkan di FB Wall Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah. Kita ikuti pandangan beliau ini.

PINJAMAN DUIT ISTERI PUNYA

1. ‘Kita’ tidak akan jadi isteri derhaka jika tidak tunaikan permintaan suami untuk buat Pinjaman Peribadi.

2. Jika alasanya untuk berniaga, dunia perniagaan berbeza dengan makan gaji.

3. Jika dia masih gagal tukarkan RM50 menjadi RM100, baik lupakan saja.

4. Atau wang nafkah jarang diberinya. Jika diberi hanya sekadar nilai GST.

5. Bagaimana nanti jika kita pinjam RM50,000 untuk tukar jadi RM 500,000.

6. Atau akhirnya ‘kita’ tukang bayar hutang dia saja nanti. Siang malam makan hati. Nak sumpah dah jadi suami.

7. Dunia perkahwinan dengan hutang akan jadi kita tidak tenang.

8. Meniaga dengan apa yang ada dalam tangan bukan pinjaman.

9. Modal bukan alasan mulakan perniagaan.

Wallahu A’llam

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤