Jika kita sebut tentang mengidam – para suami terutamanya – pasti mempunyai cerita-cerita yang lawak dan lucu pernah terjadi ke atas mereka disebabkan permintaan isteri yang bukan-bukan.

Mengidam bukanlah satu perkara baru yang terjadi. Ia menjadi kebiasaan bagi para isteri yang mengandung. Tetapi ia tidak menjadi kebiasaan apabila permintaan yang dikemukakan itu lain daripada yang lain.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Terbaharu, seorang lelaki di Indonesia, Adityo Purnomo telah ditahan oleh pihak polis kerana mencuri sebuah kereta jenama Honda Jazz di Bubakan, Semarang.

Suspek yang belajar di sebuah institusi perguruan tinggi di Semarang mengaku kepada pihak polis bahawa beliau terpaksa mencuri kereta tersebut selepas didesak oleh isteri yang mengidam kereta tersebut.

Menurut kenyataan mangsa kecurian, Andy Prabowo sedang makan bersama-sama isteri dan anaknya di Restoran Lombok Cengis. Setelah selesai makan, beliau pergi untuk mencuci tangan manakala anaknya ditinggalkan bersama-sama isterinya yang menunggu di ruang bermain.

Saat keluarganya sedang leka dan beliau juga jauh dari meja, Adityo telah bertindak mengambil kunci kereta mangsa yang ditinggal di atas meja dan melarikan Honda Jazz tersebut manakala mangsa yang menyedari keretanya hilang terus membuat laporan polis.

Pihak polis berjaya menemui suspek ketika salah satu unit mereka sedang meronda-ronda di sekitar Bubakan. Suspek yang membawa kereta tersebut dikatakan memandu kereta itu dengan santai sebelum diberhentikan oleh pihak polis.

“Isterinya tengah hamil dan minta dibelikan Honda Jazz, tapi karena tidak memiliki duit, dia nekad mahu mencuri,” jelas pihak polis.

Sebelum ini lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun selepas ‘kantoi’ merogol 136 lelaki. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Warga Indonesia Dijatuhkan Hukuman 30 Tahun Penjara Selepas Merogol 136 Lelaki

Jokowi Salahkan Budaya Membuang Sampah Rakyat Indonesia Penyebab Kepada Banjir

Pelancong Indonesia Mahu Bergambar Didakwa Punca Kereta Api Laju Di Jepun Lewat 10 Minit

Anda Mungkin Suka