Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian video wanita membuang sampah ke dalam sungai dari dalam kereta yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen- yang kemudiannya turut menerima perhatian pihak berkuasa.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Tanah Merah, Kelantan itu, kereta yang dinaiki wanita berkenaan telah berhenti di sebuah jambatan sebelum beliau membuang sampah atau seperti didakwanya adalah barang-barang berkait perubatan tradisional membuang saka ke dalam sungai tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, suami kepada wanita berkenaan tampil menyenaraikan barang-barang yang dibuang isterinya daripada dalam kereta ketika kejadian tersebut seperti yang terbit di laporan Sinar Harian pada malam semalam.

Menurut suaminya, isteri beliau itu ketika itu hanya membuang dua plastik berwarna biru yang mengandungi limau purut, limau nipis dan dua botol kecil hasil selepas menerima rawatan berkait perkara itu.

“Jadi pada hari kejadian, kami baru pulang berubat dengan seorang pengamal perubatan tradisional di Kuala Krai .

“Dan (di sana) mandi dengan limau purut serta limau nipis tersebut sebelum memasukkan ke dalam plastik yang kemudian dibuang ke sungai deras seperti disuruh,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau dan beberapa ahli keluarganya termasuk isteri dan anak jelasnya mendapatkan rawatan tradisional itu selepas mengalami sakit misteri sejak tahun lalu.

Tindakan mereka membuang sampah ke dalam sungai itu bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada netizen dan beliau turut mengakui sangat tertekan dengan perkara berkenaan.

Justeru itu beliau dalam laporan berkenaan tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan tindakan mereka membuang sampah ke dalam sungai sebelum ini.

Baca kembali perkongsian kami mengenai kejadian tersebut sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Selamba Buang Sampah Dalam Sungai, Tindakan ‘Tiada Sivik’ Wanita Ini Buat Netizen Berang

Bas Dinaiki Air Sehingga Ke Tingkat Atas, Pemuda Ini Kongsi Detik Cemas Sewaktu Kejadian

‘Masa Tanya Semua Boleh’- Gadis Kecewa Kek Diterima Tidak Sama Seperti Yang Dipesan

Sumber