Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar yang dikongsikan mengenai seorang wanita didakwa menghantar makanan kepada pelanggan melalui perkhidmatan Grabfood sambil membawa dua orang anak bersama.

Gambar tersebut meraih perhatian ramai pihak dengan rata-rata netizen memberi komen memuji pengorbanan wanita tersebut sebagai seorang isteri dan ibu yang baik yang menyara keluarga dengan terpaksa membawa anak kecil keluar pada waktu malam. Namun, realiti sebenar bukanlah seperti apa yang dilaporkan banyak pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

70660625_1421903717956854_5562264380994748416_n

70714774_1421903724623520_6014034669257883648_n

Terbaharu, suami kepada wanita berkenaan yang bernama Hafifi tampil memberi penjelasan mengenai situasi sebenar untuk menjernihkan keadaan. Menurut beliau, sebenarnya ketika itu dia ingin menghantar pesanan terakhir kepada pelanggan yang terletak di Kampung Kerinchi, Bangsar.

Semasa ingin mengambil makanan yang ditempah di sebuah restoran makanan segera. Kebetulan isteri dan anaknya juga ingin membeli makanan di restoran itu.

Maka beliau membawa anak dan isterinya bersama ke restoran tersebut dan kemudian beliau menghantar anak dan isterinya pula ke rumah terlebih dahulu kerana jarak rumahnya tidak jauh daripada rumah pelanggan berkenaan. Jadi inilah sebenarnya yang terjadi dan tidak sama dengan apa yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau yang bekerja sendiri telah menjadi pemandu Grabfood ini sejak enam bulan lalu bagi mencari pendapatan sampingan untuk menyara isteri dan dua orang anaknya merasa bimbang sekiranya gambar tersebut terus tersebar tanpa penjelasan yang betul akan menjejaskan kariernya sebagai pemandu Grabfood ini.

Penularan gambar tersebut di Facebook Pakej Percutian telah mendapat 18,000 Likes dan 7,400 perkongsian serta 2,400 komen daripada netizen dengan rata-ratanya menyatakan rasa kagum terhadap kegigihan wanita berkenaan mencari rezeki untuk anak-anaknya.

 

Screenshot_20190926-163624

 

Screenshot_20190926-163619

Sebenarnya tidak salah jika anda ingin berkongsi sesuatu info di media sosial tetapi lebih baik sekiranya anda selidik dulu kebenarannya.

Ini pula kisah inspirasi seorang warga emas yang masih membawa Grab walaupun usianya hampir menjagkau 60 tahun. Klik pautan dibawah 

Warga Emas Berumur 60 Tahun Ini Kongsikan Mengapa Beliau Masih Lagi Membawa Grab

Pemandu Grab Wanita Kongsi Kisah Nyaris Dirompak Penumpang Warga Asing

 

Sumber