Seorang wanita berusia 31 tahun dari wilayah Jiangsu, China mengaku telah berlaku curang dengan 300 lelaki berbeza selama 2 tahun.

Eva.vn melaporkan pada hari Rabu lalu, wanita yang hanya mahu dipanggil sebagai Zhang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, manakala suaminya sangat sibuk bekerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang sunyi dan tertekan mula terjun ke media sosial, dari situ dia mula berjinak dalam ‘aktiviti’ curang serta mula berkenalan dengan beberapa orang lelaki.

Untuk lebih tepat, Zhang mula curang pada tahun 2017, dengan membuat akaun palsu bernama Zhou Mo dan menulis di bahagian pengenalan diri sebagai seorang ibu tunggal.

Dia kemudiannya mula mengakses aplikasi temu janji dalam talian dan dengan hasutannya, dia tidak menghadapi masalah untuk menawan hati lelaki. Jika tiada masa untuk berjumpa dengan mereka, Zhang mampu untuk melayan mereka semua secara dalam talian dalam satu masa.

Hubungan Zhang kemudian berubah menjadi penipuan, dengan alasan bahawa dia memerlukan wang untuk membayar sewa, rawatan perubatan atau barang keperluan untuk anak, dia mula meminta pinjaman dari lelaki yang dia kenali dari dalam talian.

Eva.vn melaporkan bahawa dalam 2 tahun Zhang berjaya menipu 300 lelaki dan menghasilkan 400,000 yuan atau sekitar RM 248,549.28.

Namun, beberapa mangsa Zhang tidak bodoh. Mereka tahu Zhang menipu, tetapi tidak mahu melaporkannya kerana kasihan dan masih percaya Zhang adalah seorang ibu tunggal.

Zhang sendiri, ketika ‘kantoi’ menipu, mengakui kesalahannya, dia juga memberitahu mangsa bahawa jika mangsa mahu dia mengembalikan wang itu, dia bersedia untuk membayarnya.

Aktiviti curang Zhang akhirnya bocor pada bulan Ogos 2019 ketika seorang lelaki berjaya mengorek rahsia dan latar belakang Zhang. Dia yang tidak berpuas hati terus melaporkan kepada polis.

Sebulan kemudian Zhang ditangkap oleh polis. Laporan menyatakan bahawa dia tidak melawan ketika ditangkap, tetapi mengaku dia telah menghabiskan sebahagian besar wang yang ditipu olehnya untuk berjudi dalam talian.

Suami Zhang terkejut ketika dia ditahan oleh polis, malah hancur luluh hatinya apabila mengetahui bahawa dia telah ditipu oleh isterinya selama dua tahun.

Pada bulan Ogos 2020 kes tersebut dibawa ke pengadilan provinsi Jiangsu. Zhang kemudian dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan denda 40.000 yuan (RM 25,000.00).

Terdahulu, Will Smith sendiri terkejut apabila bekas isterinya mengaku pernah curang dengan lelaki lain. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lihat Bagaimana Reaksi Will Smith Ketika Bekas Isterinya Mengaku Pernah Curang

Bukan Wanita Sahaja Curang, Netizen Mahu Bros Gang Uji Kesetiaan Pihak Lelaki Pula

Bros Gang TV Akhirnya Mengaku Video Curang RM20,000 Hanyalah Lakonan Semula

Sumber