Polis Kanada mencari seorang lelaki yang menumbuk seorang jururawat yang menyuntik vaksin COVID-19 kepada isterinya tanpa kebenarannya. Difahamkan bahawa kejadian itu berlaku pada Isnin lalu di Sherbrooke, tenggara Montreal, Quebec.

Difahamkan bahawa lelaki itu datang ke farmasi tersebut dan terus menumbuk seorang jururawat di sana. Memetik laporan Reuters, jurucakap polis memberitahu media bahawa lelaki itu memasuki premis farmasi tersebut dan berteriak dengan marah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Polis mengatakan lelaki itu marah kerana jururawat menyuntik vaksin COVID-19 kepada isterinya tanpa kebenarannya. Sehingga kini tidak jelas adakah suspek menentang program vaksinasi atau adakah isterinya telah disuntik di farmasi.

Protes anti vaksin meningkat di seluruh Kanada menjelang pilihan raya persekutuan diadakan minggu ini. Perdana Menteri Justin Trudeau mengecam penunjuk perasaan anti vaksin kerana menyasarkan hospital dan pekerja kesihatan.

Kes yang hampir sama terjadi di Malaysia awal bulan ini apabila seorang lelaki telah bertindak melafazkan cerai ke atas isterinya di media sosial disebabkan pasangannya itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Difahamkan bahawa lafaz cerai itu dibuat di laman Facebook, dan isterinya telah mendapatkan khidmat nasihat peguam syarie. Peguam terbabit memberitahu Harian Metro bahawa suami melarang isterinya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 tanpa dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

Melalui peguam terbabit, difahamkan bahawa ini bukanlah kes pertama dan terdapat empat kes berkaitan dengan isu yang sama diterimanya sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19 dan keperluan rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

Pekerja tolak suntik vaksin COVID-19 boleh dipecat, benarkah? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pekerja Tolak Suntik Vaksin COVID-19 Boleh Dipecat, Benarkah?

Vaksin Percuma Untuk 6.4 Juta Rakyat Malaysia, Apa Yang Anda Perlu Tahu

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’