Suami kepada seorang YouTuber masakan terkenal hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh kerana didakwa cuba mencederakan isterinya.

Suspek yang dibawa ke mahkamah pagi ini dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari itu ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan tersebut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan suami isteri terbabit yang terkenal dengan video masakan di YouTube sebelum ini dikatakan bertengkar sebelum ini kerana si isteri tidak menyebut nama suspek ketika menerima anugerah baru-baru ini.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

“Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

Astro Awani dalam laporan mereka juga memberitahu pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suami isteri itu berkenaan satu majlis di Ipoh pada Isnin lalu.

Manakala Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian tersebut dan mempercayai ia berkait masalah keluarga.

Baca juga mengenai selebriti terkenal Johnny Depp sebelum ini yang mendakwa dirinya pernah menjadi keganasan rumah tangga di tangan isterinya di pautan di bawah. 

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard

Johnny Depp Mempunyai Rakaman CCTV Bukti Kekerasan Amber Heard