“Adik ofis dekat kawasan ni ke?,” tiba-tiba seorang kakak usianya kira2 hujung 40 an menegur aku seusai solat zohor tadi.

“Ha’ah kak… Kenapa yer?,” jawabku sambil bingkas bangun setelah siap memakai kasut.

“Ermmm…. Akak nak minta tolong sikit sebenarnya, tapi akak seganlah.”…”Akak selalu nampak adik lalu-lalu kat sini. Sebab tu akak tegur adik ni. Tak tahu dah nak cakap pada siapa. Ofis akak sebelah tu. Staf semua bukan Melayu,” jelas akak tu pada aku sambil matanya memandang lantai.

“Ehhh… Tolong? Tolong apa kak? Kalau boleh saya tolong, saya cuba,” jelas aku ringkas.

“Semak bacaan Al-Fatihah dengan tahiyyat akak boleh?,” jawabnya pendek.

“Allah…. Boleh sangat kak. Boleh… Kita diri sana sikit. Sini orang lalu lalang,” jawabku sambil menunjukkan arah.

syukur sapuan

Akak itu mula membaca. Perlahan-lahan. Satu persatu.

Sayu suaranya. Suara ini rupanya yang waktu zohor, semua sibuk berkejaran ke kedai makan, tapi dia akan mengaji.

Dalam bacaan yang merangkak-rangkak. Namun usahanya boleh dipuji.

Aku perasan beberapa kesalahan pada bacaan tahiyyatnya. Tapi aku minta dia untuk teruskan.

Terus terang, aku sebak.

Sebabnya, suara akak ni semakin bergetar. Nadanya semakin hambar. Dia sedang menahan sedih yang sudah lama dipendam mungkin.

Dia juga sedang menahan pedih, segan pada aku.

“Ada beberapa kesalahan yang perlu akak betulkan. Akak bawa buku panduan solat, nanti saya tunjukkan. Kita boleh bincang di kedai makan atau lobi ofis saya,” jelasku sedikit senyum.

“Akak malu dik. Dah lama akak tunggu nak tanya sesiapa. Sampailah aritu ada orang tegur akak mengaji, sebab salah katanya. Seganlah akak dik, dah berumur mengaji pun tak pandai.

Biarlah akak terus terang, suami akak tak pernah ajar akak semua ni. Dia sibuk kerja. Sampaikan anak akak 4 orang langsung tak diajar agama.

Harapkan sekolah jer. Akak siang kerja. Petang balik ambil anak, malam masak siapkan anak-anak. Tengok kerja sekolah. Basuh baju.

Teringin nak belajar macam orang lain. Tapi masa tak ada dik.

Sabtu Ahad kena hantar anak tuisyen. Yang kecil tu tak ada orang jaga. Akak pun tak tahu macam mana kalau mati dik.

Berdosa akak.. berdosa.. berdosa… Selalu dengar orang cakap macam tu.

Bacaan solat salah. Dosa. Akak takut dik. Mati tu bila2…,” ujar akak tu panjang lebar.

“Allah….,” itu sahaja aku mampu luah dalam hati.

“Akak, dosa, pahala,syurga, neraka… itu semua Allah punya kak.

Akak baca terjemahan surah mula-mula sekali, surah Al fatihah, semua cerita tentang kasih sayang Tuhan.

Tuhan itu sangat penyayang. Macam mana akak sayangkan anak akak tu, sanggup bergadai nyawa, Tuhan itu lebih lagi sayang pada akak.

Allah bukan melihat alasan, tetapi Allah ingin melihat kesungguhan. Pasal suami akak tu kita tolak tepi dulu.

Sekurang-kurangnya dia tak pernah larang akak solat kan?

So lepas ni, ada masa kita bincang lagi,” jelasku sedikit memujuk bagi mematikan tajuk.

Kes ini banyak aku lihat dan dengar. Dalam inbox FB aku juga berpuluh kes begini malahan ada yang dahsyat lagi.

Bila kau jadi suami, jangan sibuk nak nerakakan isteri, seakan kau pemegang kunci syurga dan neraka.

Isteri dan anak ni saham. Sama ada untung atau rugi. Kalau untung, insyaallah suami juga untung. Andai sebaliknya, suami juga sebaliknya.

Tak payah sembang dosa pahala. Kau laksanakan tugas kau sebagai suami, sudah lah.

Dah kau lambakkan kerja dalam rumahtangga pada isteri, lepas tu isteri tolong lagi cari nafkah buat suami, tiba2 bila isteri tersilap, terus kau nerakakan isteri sendiri.

Jangan jadi bachul!! Jangan jadi bapuk!!

Ego yg Tuhan cipta dalam diri tu supaya kau tadbir keluarga. Disitulah gunanya. Bukan bermakna kau ada kuasa mutlak.

Tatkala kau gelar isteri kau derhaka!! Disebabkan perbuatan kau yg zalim pada keluarga, tatkala itulah kau telah menderhaka pada Tuhan!!!

Isteri dan anak adalah cerminan suami. Isteri dan anak adalah ‘result’ untuk suami.

Jika baik result-nya, maka baiklah kita. Jika sebaliknya, kau faham-faham sudah.

Sentap? Biarkan kita sentap hari ini. Biarkan kita menangis hari ini.

Jangan esok mati, malaikat maut sentap ruh kita dari jasad tanpa rasa simpati.

Disaat itu, kau menangislah air mata darah. Semuanya sudah jadi sejarah. Bukan setakat kasihankan anak isteri. Kasihankan diri kau sendiri.

Saya ada buka Channel di aplikasi Telegram untuk mereka yang serius nak belajar mengaji dari asas. Dan juga boleh terus klik di sini untuk info lanjut. Ini kerana usia bukan penghalang untuk belajar mengaji, yang penting adalah usaha, berusaha untuk mengaji alQuran.

TOLONG Like, Komen dan Share kisah ini supaya terus memberi inspirasi.

Artikel di atas disumbangkan oleh Syukur Sapuan. Pengasas Celik AlQuran. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤