Sebelum ini, terdapat kontroversi membabitkan usahawan Dato Seri Vida dan juga Ahmad Iqbal Zulkifli dimana mereka dikhabarkan bakal berkahwin tetapi rancangan tersebut telah dibatalkan.

Terbaharu, Iqbal telah hadir single berjudul Hujan pada Isnin yang lalu. Lagu dan muzik videonya menjadi perhatian ramai dan ada yang mengaitkan jalan cerita dalam muzik video itu memaparkan kisah cintanya bersama Dato Seri Vida yang tidak kesampaian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran itu, komposer terkenal Dr. Azmeer Abu Bakar dalam satu temubual mengatakan suara Iqbal hanyalah standard penyanyi karaoke. Malah, Azmeer turut memberi pesanan kepada Iqbal agar membuka peluang kepada penyanyi lain menyanyikan lagu tersebut supaya tidak disia-siakan karya berkenaan.

Itu hanyalah pendapat Azmeer dan beliau berharap Iqbal tidak berkecil hati dengan teguran yang dibuat. Tambahnya, jika dirinya menjadi juri pasti tidak akan pilih lagu ini untuk masuk Anugerah Juara Lagu dan disebabkan ramai usahawan membuat lagu tidak berkualiti sedikit sebanyak menjatuhkan imej industri muzik tanahair.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan Iqbal yang jadi bualan netizen pada pautan di bawah ini.

Tidak Mahu Rosakkan Industri Muzik, Iqbal Tanya Pendapat Netizen Sebelum Minta Caprice Cipta Lagu

‘Teknik Nyanyian Patuh SOP’- Persembahan Agnez Mo Yang Kembali Tular Buat Netizen Terpukau

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

Sumber