Pengguna Google Assistant di Amerika Syarikat kini menerima satu lagi tambahan suara baharu untuk membantu pengguna membuat carian maklumat di Google. Salah satu suara yang menjadi permintaan ramai ialah John Legend. Nama beliau sudah dicalonkan semenjak tahun lalu sebagai pengisi suara Google Assitant di Google I/O 2018.

Kini dengan rasminya suara pemenang Grammy Award tersebut boleh diaktifkan. Pengguna Android dan iOS dikehendaki untuk mengemaskini Google Assistant terlebih dahulu untuk menerima pengisian terbaharu. Google dengan kerjasama sebuah syarikat yang mengendalikan sistem Artificial Intelligent (AI), WaveNet untuk menambah pola jawapan berdasarkan rakaman asli suara penyanyi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=AgHghcYqeto

Difahamkan setakat ini suara John Legend ditawarkan sebagai perisian masa terhad sahaja. Khabarkan juga bahawa kerjasama ini merupakan salah satu usaha beliau dalam mempromosikan album dan lagu terbaharu pada masa akan datang. Mungkin selepas ini penduduk Amerika boleh ‘berbual dengan John Legend untuk mengurangkan rasa bosan.