Nyanyian seorang pemuda buta di sebuah kedai elektronik yang menyanyikan lagu ‘Too Good At Goodbyes’ nampaknya mendapat perhatian tuan punya badan sendiri iaitu Sam Smith.

“Siapakah budak ini? Walau siapa pun anda, anda memang mengagumkan,” tulis Sam Smith di Twitter. Perkongsian Sam Smith tersebut telah mendapat lebih 536,000 likes dan lebih 155,000 perkongsian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Identiti pemuda berkenaan kemudiannya didedahkan dan pemilik suara merdu berkenaan adalah Carlmalone Montecido, seorang pemuda yang berasal dari Filipina. Carmalone sememangnya mempunyai bakat yang hebat apabila beliau pernah menyertai satu program realiti di Filipina serta turut menjadi finalist untuk program tersebut.

Ketika program berkenaan berlangsung (pada tahun 2016), Carlmalone tanpa gagal mengejutkan penonton dengan keupayaan vokalnya yang hebat setiap kali membuat kemunculan sehingga berjaya menamatkan program berkenaan di tempat kelima.

Video beliau menyanyi di kedai elektronik ini pada awalnya tersebar luas di Facebook yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Trixie Madison. Beliau sangat mengagumi bakat Carlmalone dan video berkenaan sudah ditonton lebih 9 juta kali.

Carlmalone pastinya tidak menyangka nyanyian beliau boleh viral sehingga Sam Smith sendiri kagum dengan kebolehan vokal yang dimilikinya. Ia pastinya sesuatu yang hebat sekiranya Sam Smith dapat bertemu dengan Carlmalone sekiranya beliau membuat konsert di Filipina di masa akan datang. Walaupun mempunyai kekurangan, beliau mempunyai kelebihan lain yang dikurniakan Tuhan.

Ini pula kisah viral seorang majikan Cina yang menaja pakej Umrah buat salah seorang pekerja yang sudah berkhidmat lama dengannya. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Tiada Dialog Tetapi Ini Rupanya Bakat ‘Tersembunyi’ Badrul Bisu Dalam Kampung People