Kalau hendak dibandingkan zaman dahulu dan sekarang, memang jauh sungguh bezanya. Pada zaman dahulu, untuk menunaikan haji kapal laut lah yang menjadi pengangkutan utama. Lebih mencabar apabila ia mengambil masa sehingga berbulan-bulan lamanya.

Zaman di mana tiada teknologi sehebat hari ini, kapal terbang pula masih lagi berada diperingkat awal tidak digunakan secara meluas seperti yang anda lihat pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat suasana haji sekitar tahun 1953, kami terbangkan anda kembali ke 63 tahun kebelakang untuk anda cuba hayati bagaimana besarnya pengorbanan mereka. Dibawah ini kami paparkan rakaman suasana haji pada tahun 1953 yang dipetik dari album The National Geographic Megazine edisi Julai, 1953.

Sungguh megagumkan!.

Para jemaah menggunakan feri sebagai pengangkutan utama ke tanah suci
Bagi yang mampu, mereka menggunakan pesawat kecil dari negara berhampiran
Para jemaah ketika mengguna pengangkutan bas
Kawasan di mana hanya muslim sahaja dibenarkan masuk
Hotel pada masa dahulu, kini banyak sudah dirobohkan untuk meluaskan kawasan masjid

Salah satu pintu masuk masjid

Kaabah

Jemaah duduk bersama-sama sambil menikmati teh
Pengangkutan yang diguna untuk mengangkut barang

Para jemaah sedang menyiapkan makanan

Suasana di Bukit Arafah

Seorang jemaah sedang mencukur rambutnya

Sekarang terlalu banyak kemudahan jika hendak dibandingkan dengan apa yang mereka lalui dahulu. Bertuah sungguh kita dilahirkan pada zaman serba mudah seperti hari ini.

BACA: Inilah Laluan Keretapi Daripada Istanbul Hingga Ke Mekah Yang Telah Gagal Direalisasikan