Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Gelombang kes wabak COVID-19 di India telah melonjak secara tidak terkawal dalam masa tujuh hari terakhir. Beberapa negara sudah mula turun untuk membantu India yang kini seolah tidak menang tangan dengan wabak yang menyerang negara itu sejak dari awal tahun lalu lagi.
Seperti hospital yang dipenuhi dengan para pesakit, pusat pembakaran mayat juga menunjukkan situasi yang sama. Beroperasi selama 24 jam tanpa henti, pekerja kremasi di sana bahkan tidak mempunyai waktu lapang kerana upacara pengebumian tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya akan berhenti.

Di beberapa kota, pekerja kremasi terpaksa membina timbunan kayu bagi menghadapi situasi kecemasan, dengan tempat letak kereta dan tempat terbuka kini digunakan sebagai tempat pembakaran.
BBC turut melaporkan bahawa pihak berkuasa juga telah menebang pokok di sekitar India bagi digunakan untuk membakar mayat mangsa COVID-19. Manakala para keluarga pula terpaksa menunggu masa berjam-jam untuk menyelesaikan proses pembakaran mayat ahli keluarga mereka.

Seorang ahli keluarga menggunakan PPE dan mengangkut kayu untuk membuat persiapan pengebumian anggota keluarga yang meninggal dunia – NAVEEN SHARMA/SOPA IMAGES/SHUTTERSTOCK

Seorang pekerja kesihatan berjalan melewati timbunan kayu bakar dan mayat-mayat – ADNAN ABIDI / REUTERS

Orang ramai membina timbunan kayu untuk dibakar semasa pembakaran mayat – ADNAN ABIDI / REUTERS

Pembakaran mayat di sejumlah lokasi – DANISH SIDDIQUI / REUTERS

Kakitangan krematorium bekerja tanpa berehat – ADNAN ABIDI / REUTERS

Permintaan untuk pembakaran mayat terus meningkat di tengah peningkatan kes COVID-19 dalam beberapa minggu terakhir – ADNAN ABIDI / REUTERS

Foto yang diambil dari pesawat menunjukkan pembakaran mayat di pinggir Delhi. – DANISH SIDDIQUI / REUTERS

Anak ini berkabung dengan kematian bapanya yang meninggal dunia kerana COVID-19 – ADNAN ABIDI / REUTERS

Dua penduduk Delhi berkabung dengan kematian ahli keluarga mereka kerana COVID -19 – ADNAN ABIDI / REUTERS

Kesedihan menyelubungi keluarga mangsa wabak COVID-19 – ADNAN ABIDI / REUTERS

Anggota keluarga duduk berhampiran dengan tempat pembakaran mayat – ADNAN ABIDI / REUTERS

Asap di krematorium – ADNAN ABIDI / REUTERS
Pengotor atau sebaliknya? Koleksi foto kawasan miskin bandar di Pulau Pinang buka mata rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Lihat Hasil Kerja Jurufoto Tempatan Yang Pernah Bekerja Untuk Media Antarabangsa
Pengalaman Mengembara Ke Galaksi Bima Sakti Di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu