Di serata dunia – pegawai kerajaan, pengetua sekolah, guru dan ibu bapa – tidak yakin dengan keperluan pendidikan seksual dan enggan memberi kerjasama kerana dipercayai sebagai salah satu medium untuk mempromosikan seks.

Tetapi, secara faktanya, tiada lagi mana-mana kajian yang dapat membuktikan bahawa peningkatan aktiviti seksual berlaku apabila seseorang itu diajar tentang pendidikan seks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini adalah stigma masyarakat kerana mereka tidak faham atau tidak mahu faham tentang sesuatu perkara yang mereka tidak tahu.

Dan Malaysia sedang melawan stigma tersebut.

Terbaharu, semua pelajar sekolah Tahun 6 dan Tingkatan 5 di Malaysia akan diajar pendidikan seks dan hak mereka di dalam undang-undang pada tahun 2021.

Ianya akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran, lapor New Straits Times.

Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching berkata pelajar akan berpeluang untuk mempelajari pelbagai isu di dalam pendidikan seks dari sudut undang-undang dan bagaimana untuk mengatakan tidak.

Pengajaran kepada pendidikan seks secara formal adalah sebahagian daripada jalan untuk menghindari pencegahan penyakit HIV. Ia juga dapat mengurangkan aktiviti seks bebas di kalangan remaja.

Pendidikan seks membantu remaja memahami diri mereka secara biologi dan bersedia untuk menghadapi dunia supaya mereka tidak menjadi mangsa seksual. Ia juga memberi kuasa kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki untuk lebih terbuka jika batas seksual mereka dilanggar.

Justeru, pendidikan seks akan dimasukkan sekali di dalam sukatan pelajar Pendidikan Jasmani di bawah tajuk Pendidikan Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS).

Peningkatan bilangan jenayah rogol yang melibatkan kanak-kanak adalah antara faktor mengapa kerajaan hari ini berkeras untuk memperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Secara statistik, pada tahun 2017 direkodkan 1,163 mangsa rogol di bawah umur 18 tahun manakala 94 kes pula melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Berikut adalah cerita lain mengenai pendidikan seks yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Topik Homoseksual Dipilih Untuk Debat Piala Tun Razak 2019 Cetus Kontroversi

Filem Terbaru Shah Rukh Khan Sentuh Isu Tabu Seks, Saya Rasa Masyarakat Disindir-Sindir

Sumber