Kecoh baru-baru ini apabila Menteri Kewangan mengumumkan subsidi minyak bakal ditawarkan buat pengguna kereta dengan enjin 1,500 cc dan kebawah.

Perbentangan yang dibuat ini menjadi buah mulut netizen yang menyifatkan cadangan yang dibuat ini kurang adil berikutan adanya kereta mewah yang menggunakan kapasiti enjin yang kecil. Tidak kurang juga yang merungut terdapat beberapa kereta jenama negara gagal tersenarai di dalam senarai subsidi.

LGE-MOF1

Bagi menjernihkan keadaan, Menteri Kewangan baru-baru ini telahpun mengeluarkan kenyataan dimana beliau mengatakan penawaran subsidi minyak ini tidak ditawarkan buat kereta mewah. Sebaliknya, penawaran ini cuma disasarkan buat kereta khusus buat golongan B40 dan M40 sahaja.

Untuk pengetahuan, penawaran subsidi minyak ini bakal ditawarkan buat kereta dengan enjin 1,500 cc dimana mereka berpeluang mendapatkan rebat minyak RON 95 dengan harga 30 sen lebih rendah sebanyak 100 liter sebulan.

Setakat ini, perbincangan mengenai subsidi minyak ini masih lagi diperingkat awal dan beberapa mekanisme serta senarai kereta yang dipilih bakal diumumkan kelak.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →