Restoran makanan segera Subway di Singapura telah menghentikan penjualan menu yang mengandungi daging khinzir bermula 21 Mac. Tindakan ini diambil dalam usaha untuk mendapatkan sijil halal untuk restoran-restoran Subway di negara tersebut.

Setakat 31 Januari yang lepas, Subway tersenarai dalam senarai restoran yang tidak lagi menjual daging khinzir. Pada bulan Januari tahun ini, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan kenyataan bahawa Subway sedang dalam perancangan untuk memohon sijil halal.

Menurut kenyataan Subway Singapura di laman sosial Twitter, restoran tersebut kini hanya menyajikan menu protein tanpa khinzir.

Sue Sim, Pengarah Subway Asia Tenggara memberi kenyataan bahawa mereka sedang berusaha untuk memenuhi kriteria standard halal demi memastikan para pelanggan mendapat hidangan yang terbaik.

Bagi rakyat Malaysia yang bakal berkunjung ke Singapura pada masa akan datang tidak perlu risau untuk menjamu selera di Subway.

Sumber