Sudah lama rasanya Subway Malaysia tidak mengadakan promosi beli satu percuma satu mereka. Pada hari ini bersempena dengan Hari Sandwic Sedunia, Subway Malaysia berbesar hati ingin menawarkan kembali promosi beli satu percuma satu ini khas buat hari ini sahaja.

Untuk mendapatkan promosi ini, apa yang perlu anda lakukan adalah dapatkan sandwic 6-inci daripada Subway bersama set minuman. Promosi ini cuma berlangsung sehingga jam 9 malam ini sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

45027267_2134035346647209_8400311755816828928_o (1)

Sekiranya anda berminat untuk membawa pulang atau mendapatkan secara lebih, adalah lebih mudah sekiranya anda hadir bersama kenalan anda kerana setiap transaksi cuma membolehkan setiap pengguna menerima dua sandwic percuma sahaja.

Lebih menarik, disetiap pembelian yang dibuat, RM1 bakal didermakan kepada badan amal. Bolehlah anda membeli sambil beramal. Apa tunggu lagi, jom kita serbu Subway pada hari ini untuk dapatkan promosi beli satu percuma satu ini.