Pada bulan Januari lalu, Johor telah menerima gerabak pertama Automated Rapid Transit (ART) yang dapat membantu meningkatkan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam yang mesra alam di Iskandar Malaysia.

Selama tiga bulan ART dipandu uji di jalan raya awam bermula April hingga Julai bagi memastikan keberkesanan kenderaan awam tersebut sebelum boleh digunakan oleh orang ramai.

https://www.tiktok.com/@kamarulaman/video/6984682204626537755?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ternyata video yang dikongsikan oleh @Kamarulaman melalui aplikasi TikTok baru-baru ini telah mencuri tumpuan orang ramai yang berkongsikan pelbagai reaksi.

Ada yang tidak sabar untuk melihat secara berhadapan serta mencuba menaiki ART tersebut. Mereka semua berharap penggunaan kenderaan ini turut dapat diperluaskan di bandar-bandar yang lain.

Buat anak-anak muda yang berumur belasan tahun pula, mereka terkejut dan seakan tidak percaya kenderaan yang mereka lihat di dalam aplikasi permaianan video PUBG, kini sudah mula berjalan di sekitar bandar Johor.

vocket-art-johor-dipandu-uji-1
Sumber Gambar: TikTok @kamarulaman
vocket-art-johor-dipandu-uji-3
Sumber Gambar: TikTok @kamarulaman
vocket-art-johor-dipandu-uji-6
Sumber Gambar: TikTok @kamarulaman
vocket-art-johor-dipandu-uji-2
Sumber Gambar: TikTok @kamarulaman

https://twitter.com/ian_salleh/status/1416754708773969930?s=20

https://twitter.com/hzmnrshm/status/1416780928643342341?s=20

Kos pelaksanaan projek ART ini bernilai sekitar RM2.56 bilion yang dibiayai menerusi beberapa pihak, RM1 bilion (kerajaan pusat) dan RM1.56 bilion (kerjasama swasta-awam).

Projek itu merangkumi 33 stesen, dengan satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai. Terdapat tiga laluan utama bagi IMBRT iaitu Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer atau hampir 90% daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Mahu meningkatkan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam yang mesra alam di bandar Johor, beberapa buah bas elektrik mula dipandu uji pada bulan April lalu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Johor Laksanakan Ujian Rintis Bas Elektrik Buatan Tempatan Dan Antarabangsa Selama Tiga Bulan

Johor Terima Gerabak Automated Rapid Transit Pertama, Bakal Berikan Manfaat Kepada 3 Juta Penduduk

Sumber