Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kenapa beliau tidak mengaku sedangkan sudah ada bukti video beliau bersalah?
Bila seseorang itu mengaku tidak bersalah bukanlah maksud beliau menipu mahkamah. Ia bermaksud, beliau minta untuk dibicarakan.

Ayat ‘tak mengaku bersalah’ itu sebenarnya bermaksud ‘saya nak dibicarakan’. Kalau tak mengaku bersalah, akan berlakulah proses perbicaraan yang makan masa berbulan-bulan.

ezgif-3-94b72c219ed9

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Berita Harian

Apabila kes dibicarakan, beliau ada peluang untuk kurangkan hukuman. Beliau ada peluang untuk bela diri, supaya tidak dihukum dengan hukuman yang terlalu tinggi.

Berbanding dengan beliau terus mengaku, biasanya hukuman terus dijatuhkan pada waktu itu juga. Peluang untuk bela diri sangat-sangat terhad. Hak tidak mengaku bersalah ini adalah hak semua orang. Berada dalam kelompok miskin, kelas pertengahan atau kaya apabila dihadapkan di mahkamah, mereka akan ditanya sama ada nak mengaku atau tidak.

Dalam pada masa yang sama, kebanyakan pesalah boleh bayar jamin untuk keluar sementara menunggu hari-hari perbicaraan seterusnya. Ada kesalahan yang boleh jamin, ada yang tak boleh. Hanya orang yang ditangkap di bawah SOSMA, ISA dan POCA sahaja tidak mendapat hak ini.

Terbaharu, para netizen tampil dengan petition agar Neelofa dipenjara tanpa kompromi berikutan kerap melanggar SOP COVID-19.

Tidak Puas Hati Kerap Langgar SOP, Netizen Lancarkan ‘Petition’ Agar Neelofa Dipenjara Tanpa Kompromi

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Aidilfitri, Kes Disiasat Dan Polis Minta Tidak Buat Spekulasi

Artikel di atas disumbangkan oleh Mufarwa Farid. Beliau merupakan seorang peguam yang aktif berkongsi mengenai undang-undang negara di media sosial. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka