Bermula daripada TikTok dengan menayangkan koleksi motosikal yang dimiliki, nama Haqiem Stopa dilihat semakin meningkat naik selepas diangkat sebagai Ikon Permotoran Negara oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.

Beliau seterusnya dilihat turut menjadi buah mulut netizen apabila memperlekeh motosikal netizen lain yang tidak membuat sebarang modifikasi serta mencabar untuk berjumpa di highway.

Terbaharu, selepas dilaporkan memandu sebuah kereta Audi tanpa lesen beberapa minggu lalu, gelagat Haqiem Stopa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila beliau dilihat memandu sebuah Nissan GT-R menerusi rakaman Insta Story rakannya.

Tindakan yang dilakukan nyata membuat para netizen mempersoalkan tujuan Haqiem Stopa memandu kereta yang memandu kuasa kuda yang tinggi tanpa mempunyai sebarang lesen memandu. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

Berdasarkan tinjauan komen, rata-rata mahu kepastian adakah beliau sudah mendapatkan lesen kereta atau sebaliknya. Tidak kurang juga yang berspekulasi Nissan GT-R yang dipandu beliu merupakan milik rakan-rakannya.

Setakat ini, individu yang dilabel sebagai Ikon Permotoran Negara ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kereta yang dipandu mahupun lesen kereta menerusi Instagram beliau.

Haqiem Stopa sebelum ini beberapa kali menjadi perhatian netizen apabila pernah mencabar mereka yang mengecam beliau untuk berjumpa di ‘highway’.

‘Jumpa Di Highway’ – Ikon Permotoran Anak Muda Balas Respon Netizen Selepas Dilabel Rempit TikTok

Bimbang Berlaku Sesuatu, Haqiem Stopa Kesal Individu Sebar Gambar Kertas Samannya

‘Siapa Tiada Audi, Lemah!’ – Haqiem Stopa Pertahankan Diri Selepas Disindir Sewaktu Live