Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam di mana seorang wanita cedera apabila ada sebiji buah kelapa jatuh dari pokok mengenai kepalanya dalam kejadian di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Menurut laman portal Malaysia Gazette, salah seorang saksi, Md Ghazali Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika dia sedang melayan pelanggan di gerai durian miliknya berhampiran lokasi kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CfTI7bDpFsQ/

“Kejadian berlaku sekelip mata, saya dengar bunyi jeritan serta dentuman jatuh sebelum melihat topi keledar serta seorang wanita tergolek atas jalan.

“Kenderaan banyak ketika itu dan saya bersama orang awam di lokasi kejadian segera memberhentikan kenderaan agar tiada pelanggaran berlaku ke atas mangsa.

“Saya kemudian menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut namun mangsa tidak dialihkan dari lokasi kejadian kerana takut akan menyebabkan kecederaan lagi memandangkan kami tidak tahu keadaanya anggota badannya patah atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

M Ghazali berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membuat kerja pemotongan pokok di kawasan berkenaan memandangkan ini bukan insiden pertama buah kelapa luruh di atas jalan.

“Sudah banyak kali buah kelapa luruh atas jalan terkena kenderaan sahaja sehinggalah kemuncaknya semalam apabila buah terbabit menimpa pembonceng motosikal yang melalui jalan ini.

“Kita berharap sangat pihak Yang Berhormat (YB) kawasan mengambil tindakan segera menangani masalah ini agar kejadian sama tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga durian berhampiran mendakwa, beliau hampir ditimpa buah kelapa dua minggu lalu.

Dia yang ingin dikenali sebagai Ong mendakwa, banyak pokok kelapa di tepi jalan utama Teluk Kumbar itu namun tiada tindakan pemotongan dilakukan oleh pihak berwajib.

“Sebelum ini sudah banyak kali buah jatuh tapi sekarang sudah kena orang baru ada tindakan.

“Apa-apa kita harap pemotongan pokok di bahu jalan ini mampu mengelakkan insiden sama berlaku lagi,” ujarnya.

Memetik Harian Metro, semasa kejadian itu berlaku, dua beranak tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Balik Pulau menghala ke Pekan Teluk Kumbar.

Difahamkan, mangsa yang pengsan kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Balik Pulau dengan bantuan ambulan.

Dalam satu insiden lain pula, netizen pertikai mengapa jalan yang berlubang ditampal seperti menambah bonggol kecil. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Macam Tambah Bonggol Mini’ – Netizen Pertikai Kualiti JKR JB Tampal Jalan Raya Berlubang

Gara-Gara Minat Aktiviti Lasak, Lelaki Ini Ubah Suai Honda City Jadi Trak Pikap

Angkara Kesesakan Lalu Lintas Yang Serius, Pekerja Lembah Klang Terpaksa ‘Rugi’ 44 Jam Sebulan