Ketika ini, bukanlah semua orang mampu untuk membeli rumah dan memilih untuk menyewa terlebih dahulu sebelum kewangan stabil.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @malissaali telah berkongsi situasi dirinya dan suami apabila ejen hartanah menaikkan sewa secara tiba-tiba sebelum berpindah ke rumah sewa barunya itu walaupun telah tandatangan surat tawaran dan buat bayaran deposit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bercakap kepada The Vocket, Malissa mengatakan bahawa 7 hari sebelum hari pindah rumah baru, ejen hartanah yang dikenali sebagai Jonas Tong itu menaikkan harga sewa. Jika Malissa masih mahu menyewa perlu membayar lebih terutama sekali ada penyewa lain sanggup membayar lebih RM200 daripada harga asal yang ditawarkan.

Difahamkan, Malissa dan suami telah membayar RM1,500 kepada ejen hartanah tersebut dan mendapatkan kembali wang pendahuluan itu selepas mengugut mahu membuat laporan polis.

Tambahnya, pihaknya juga mengalami kerugian kerana perlu membayar kos perkhidmatan interior design dan kos kitchen cabinet yang sudah dibuat mengikut ukuran rumah.

Lantaran itu, Malissa dan suami terpaksa tinggal bersama keluarga mertua buat sementara waktu sehingga jumpa rumah sewa lain. Bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh Malissa dan suami, beberapa pemilik rumah di kawasan kejiranan itu telah menghubungi pemilik rumah itu.

Alangkah terkejutnya apabila pemilik rumah tidak tahu akan isu tersebut dan mengatakan ejen hartanah itu bukanlah ejennya. Malah, pemilik rumah juga mengatakan rumah terbabit masih tiada yang sewa.

Malah, ada wakil daripada syarikat ejen terbabit telah menghubunginya untuk memberikan ganti rugi selepas orang ramai complained kepada syarikat itu. Malissa menasihati orang ramai agar berhati-hati dan pastikan pemilik rumah ada ketika tandatangan perjanjian agar tidak berlaku hal seperti yang dialaminya.

Sementara itu, kami kongsikan 3 jenis hartanah di Malaysia yang perlu anda tahu. Klik sahaja pautan di bawah ini.

3 Jenis Hartanah Di Malaysia Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Rumah

10 Tip Beli Rumah Pertama Pada Usia 25 Tahun

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai