Siapa yang tidak kecewa dan marah apabila sudah membuat pembayaran tetapi tidak dapat hasil yang dimahukan atau masih tergendala walaupun sudah lama.

Inilah apa yang berlaku kepada Amyra Rosli apabila dia mengatakan dirinya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan pengubahsuaian rumah ibu dan bapanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsiannya, dia sudah membuat pembayaran lebih RM240 ribu untuk proses ubah suai tersebut tetapi selepas setahun, projek tersebut terlihat tiada progress dan dipercayai masih terbengkalai.

Bukan itu sahaja, bangunan rumah juga dikatakan telah rosak. Tambahnya, dia terpaksa bermula dari awal untuk proses ubah suai kerana keadaan rumah dilihat sudah teruk.