Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Khabib Nurmagomedov tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama yang cukup ‘legend’ apabila mengumumkan persaraan selepas menang besar pada Oktober lalu selepas menumbangkan Justin Gaethje.

Menurut Khabib, beliau meletakkan harga yang ‘besar’ jika mahu dirinya ‘comeback’. Tambahnya, agak sukar untuk menolak tawaran lumayan terutama sekali jika ditawarkan AS$100 juta (RM407 juta) hanya untuk kembali dari persaraan.

Namun, beliau tidak berminat untuk bertarung semula menentang Conor McGregor ataupun Dustin Poirier sekiranya dia kembali nanti. Ini disebabkan beliau mudah untuk menewaskan mereka.

Sebelum ini, Khabib pernah memberi bayangan untuk kembali apabila berkata ‘jumpa awak nanti’ kepada Dana White di Instagram. Untuk pengetahuan anda, Khabib umum persaraan demi menunaikan janji kepada ibunya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Khabib pada pautan di bawah ini.

Setelah Bersara Dari UFC, Khabib Kini Mahu Fokus Jadi Petani Di Kampung

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC

Anda Mungkin Suka