Jika sakit, pastinya kita akan makan ubat untuk sembuh. Tahukah anda bahawa ada orang yang sukar untuk telan ubat pil? Bagi mereka yang sukar makan ubat pil pasti akan cuba mengelak untuk makannya atau termenung seketika sebelum memakannya.

Terbaharu, sebuah video dimuat naik oleh @hawajoe99 di TikTok memaparkan situasi dirinya sukar untuk makan ubat tular di media sosial. Menerusi video tersebut, gadis tersebut menghadapi kesukaran untuk telan ubat pil dan perlu mencuba beberapa kali barulah berjaya menelan ubat pil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@hawajoe99

ada tak kat sini geng susah makan ubat? 🥴 #fyp #foryou

♬ original sound – hawajohanis – hawajohanis

Dapat dilihat kegigihan gadis tersebut untuk makan ubat apabila termenung sebelum makan ubat dan menggunakan air sunquick bagi membuatkan ubat rasa ‘sedap’. Malah, gadis itu turut terlihat termuntah apabila makan ubat pil dan akhirnya menarik nafas lega apabila berjaya menelan ubat selepas 3 kali percubaan.

Video itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen faham akan situasi yang dialami oleh gadis tersebut. Malah, ada juga netizen yang mengalami situasi sama dimana sukar untuk menelan ubat dan pernah dimarahi doktor.

photo_2021-08-28_09-29-38

photo_2021-08-28_09-29-53

photo_2021-08-28_09-29-57

photo_2021-08-28_09-30-02

Bukan itu sahaja, para netizen turut dapat ‘relate’ dengan gadis tersebut dan berkongsi cara mereka makan ubat seperti menghancurkan dulu ubat pil sebelum memakannya. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video yang viral di media sosial. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Lelaki Jumpa ‘Makhluk Kepala Senget’ Selepas Pulang Memancing Cetus Pertikaian Ramai

‘Jangan Jual Dengan Suami Saya’- Penjual G-Shock Sempoi Layan Permintaan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Terkejut Babi Putih ‘Terjah’ Kawasan Rumah, Reaksi Lelaki Ini Selamatkan Diri Curi Perhatian Netizen