Semalam, tiga negeri iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diumumkan beralih ke Fasa 3 kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan dalam Fasa 3 PPN dan antaranya adalah makan di kedai makan. Di Twitter, dapat dilihat banyak pengguna Twitter yang tinggal di Perlis berkongsi gambar mereka ‘dine in’ di kedai makan.

Hal itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen di negeri lain menzahirkan rasa cemburu kerana orang Perlis sudah boleh makan di restoran sedangkan mereka masih perlu duduk di rumah.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan sudah rindu mahu makan di restoran seperti dahulu. Malah, ada juga yang mahu berpindah ke Perlis selepas melihat gambar-gambar orang Perlis ‘flex’ di media sosial.

https://twitter.com/dayahyunuss/status/1423095813517938693

https://twitter.com/syormon/status/1422960540133912584

Pastinya ramai sudah tidak sabar mahu seperti negeri Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sudah beralih ke fasa 3. Sama-samalah kita menjaga diri dan patuh SOP untuk berjaya mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Mengidam Tapi Tiada Dalam Menu, Lee Zii Jia Terkejut Terima 3 Bungkus Nasi Lemak Daripada Peminat

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Selepas Stapler, Netizen Terkejut dUCk Jual Set Mewarna Berharga RM220