Sebelum ini, Tasik Cermin telah ditutup apabila tular video seorang lelaki tiba-tiba terjun ke tasik tersebut. Walau bagaimanapun, tasik itu telah dibuka kembali kepada pengunjung.

Tidak lengkap jika bercuti ke Ipoh tetapi tidak berkunjung ke Tasik Cermin, bukan? Maka, kami sempat berkunjung ke Tasik Cermin selepas ia dibuka kembali kepada pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejujurnya, banyak perubahan yang telah dilakukan di kawasan Tasik Cermin ini berbanding dengan beberapa tahun lalu. Jika dahulu, masuk ke Tasik Cermin percuma dan hanya perlu bayar untuk tempat letak kereta tetapi tidak kini.

Bayaran untuk tempat letak kereta adalah RM5, manakala RM2 dikenakan untuk setiap orang yang mahu masuk. Jangan terkejut jika anda melihat banyak lori di kawasan tempat letak kereta kerana kawasan Tasik Cermin sedang dimajukan sebagai Eco Park Kuari yang pertama di Malaysia.

Pembangunan tersebut sekaligus bakal menjadikan Tasik Cermin menjadi produk pelancongan terbaharu bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ipoh. Difahamkan, pembangunan Tasik Cermin Eco Park Ipoh berkonsepkan rendah karbon yang menggunakan bahan mesra alam.

Untuk pengetahuan anda, Tasik Cermin Eco Park merupakan salah satu daripada 19 geotapak yang terletak di dalam Geopark Lembah Kinta. Malah, pelbagai pembangunan pelancongan berasaska eko telah dirancang.

Bagi anda yang berkunjung ke Tasik Cermin, tarikan terbaharu yang ada di sana adalah ‘bot cruise’ yang menyusuri tasik tersebut membolehkan anda melihat keindahan tasik itu dengan lebih dekat. Malah, lebih banyak tarikan akan dibina secara berperingkat seperti tapak glamping, galeri dan banyak lagi.

Sebelum terlupa, jika dahulu boleh bermain rakit yang disediakan tetapi kini sudah tiada rakit terlihat di sana. Jika anda mahu berkunjung ke sini, anda dinasihatkan pergi pada hari biasa supaya tidak perlu bersesak dengan ramai pengunjung.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini. 

‘Lebih Besar Dari Genting Highlands’- Taman Tema Melaka Bertaraf Dunia Bakal Siap Dibina Menjelang 2026

Proton Wira Tular Hilang Ditemui Dalam Keadaan Togel, Dileraikan Dalam Tempoh 2 Jam Sahaja

Netizen Pelik Mengapa Ada Pihak Sanggup Ambil ‘Kak Long’ Untuk Buat Promosi Produk