Jika anda menyertai kumpulan iPhone di Facebook, boleh dikatakan pada saban hari bakal terlihat hantaran berkenaan masalah whitescreen yang berlaku pada model iPhone 13 Pro.

Menerusi kumpulan Facebook Malaysia iPhone Users, seorang ahli telah berkongsi berkenaan masalah whitescreen yang berlaku pada iPhone 13 Pro Max yang digunakan. Apa yang mengejutkan adalah telefon pintar miliknya mengalami masalah yang sama walaupun sudah digantikan skrin baharu pada bulan 6 tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Malaysia iPhone Users

Malah, beliau juga mengatakan belum mengemas kini sistem operasi terbaharu pada peranti tersebut. Dengan menghubungi Apple Malaysia, beliau bernasib baik kerana mendapat pengecualian untuk menuntut penukaran skrin buat kali kedua.

Perkara ini sangat merungsingkan beliau memandangkan waranti sudah pun habis dan jika berlaku lagi sudah pasti memerlukan modal sendiri untuk menukar skrin baharu. Kita sedia maklum harga sebuah skrin baharu iPhone sangatlah mahal.

Hasil carian kami di laman rasmi Machines dan Switch, kedua-dua pengedar rasmi ini sedia menawarkan servis penggantian skrin baharu dengan harga sekitar RM1,700. Memandangkan iPhone ini sudah pun berusia lebih setahun, rata-rata pengguna sudah kehabisan waranti dan perlu mengeluarkan wang sendiri untuk penggantian skrin baharu.

Dapat disimpulkan di sini bahawa masalah whitescreen masih berpotensi untuk berlaku lagi walaupun sudah diganti baharu. Selain itu, terdapat kemungkinan masalah ini berlaku disebabkan oleh hardware sendiri dan bukannya berpunca daripada kemas kini sistem operasi iOS seperti yang digembar-gemburkan.