Pernah atau tidak, anda tiba-tiba rasa sakit perut dan tidak tahan mahu membuang air tetapi berada di keadaan atau tempat yang jauh daripada tandas untuk melepaskan ‘hajat’ anda?

Terbaharu, sebuah video perkongsian pengguna TikTok @giizzzzzziitermiizzzii menunjukkan rakannya berlari menuju ke khemah roadblock polis untuk tumpang tandas disebabkan sudah tidak tahan mahu membuang air.

@giizzzzzziitermiizzzii

JEMM KT FADERAL JARANG TAK OP 😓 KALAU TAK PANCIT MEMBER 🤣#fypシ #fypdongggggggg #fypmalaysia

♬ suara asli – Jum@hStory27 – フひᄊ@ん_30

Menerusi video tersebut, dia dan rakannya yang sangkut dalam kesesakkan lalu lintas daripada tempat kerja melalui Federal Highway Kerinchi. Disebabkan sesak teruk dan rakannya tidak tahan lagi, maka terpaksa mencari tandas berhampiran.

Ketika itu, tandas terdekat hanyalah tandas di khemah polis yang berada di jalan bertentangan. Oleh itu, rakannya berlari ke seberang jalan untuk tumpang tandas tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat rakannya itu. Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa nasib baik polis di situ benarkan dia untuk menggunakan tandas tersebut.

photo_2021-08-19_10-17-29

photo_2021-08-19_10-17-34

photo_2021-08-19_10-17-37

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan pernah mengalami keadaan seperti itu dan berkongsi kisah mereka berdepan dengan situasi sudah tidak tahan untuk membuang. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih satu juta tontonan di TikTok .

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana

Masih Gagal Cari Pembeli, Aliff Syukri Tertekan Rumah Berharga RM6 Juta Tidak Terjual

Bukan Kerana ‘Dine-In’, Ini Punca Perlis Catat Angka Kes Tertinggi Negeri Semalam