Sudah menjadi impian setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Perkara utama yang dimahukan buat seorang anak sudah pastinya kesihatan dan tumbesaran yang baik. Di sebalik penat lelah dan usaha ibu bapa membesarkan anak, terkadang perkara tidak diingini masih mampu berlaku.

Perkara ini turut terjadi menerusi perkongsian TikTok @afieqahhasanah di mana beliau meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap tindakan sedara beliau yang hadir untuk ‘membantu’ menjadi bayi beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@afieqahhasanah

mak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni .

♬ original sound – afieqahhasanah – afieqahhasanah

Berdasarkan perkongsian Afiqah, kisahnya bermula apabila wanita ini yang memaklumkan sedang sibuk untuk persiapan majlis aqiqah disapa oleh saudaranya yang mahu membantu menjaga anaknya, Haider.

Di sangka sekadar jaga dan bermain bersama, siapa sangka wanita yang dihapkan beliau ini telah menyusu secara breastfeeding kepada anak beliau. Beliau yang terlalu terkejut dengan situasi yang berlaku lantas memarahi wanita tersebut.

Menurutnya, beliau sememangnya hilang kepercayaan terhadap saudara beliau sendiri atas apa yang berlaku. Saudara beliau pula mengatakan tujuan beliau memberi susu badan kepada bayi tersebut berikutan bayi tersebut nangis.

Dakwaan yang dibuat saudara Afiqah ini disangkal beliau kerana Afiqah memaklumkan bayi tersebut baru sahaja selesai mendapatkan susu badan.

Lebih mengejutkan, difahamkan ini bukan pertama kali saudara beliau memberi susu badan kepada anaknya. Malah, sebelum ini, situasi yang sama telahpun berlaku di mana wanita ini kantoi dengan ibu Afiqah.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana secara tidak langsung membuat para ibu hilang kepercayaan khususnya terhadap saudara terdekat.

Selain itu, punca seseorang bayi menangis tidak hanya disebabkan oleh mahukan susu semata-mata malah mungkin berkait dengan beberapa faktor lain.