Donald Trump masih lagi tidak dapat menerima kenyataan kekalahannya kepada Joe Biden untuk kekal jadi Presiden Amerika Syarikat. Terbaharu, penyokong Trump telah merusuh dalam bangunan Capitol, bagi menghalang sesi Kongres yang diadakan bagi mengesahkan kemenangan Biden sebagai Presiden AS.

Berita tersebut menjadi perhatian seluruh dunia. Berikutan isu tersebut, Janna Nick berpendapat dalam satu ciapannya bahawa apa yang berlaku merupakan kesan daripada filem The Purge kepada penonton.

https://twitter.com/jannanick95/status/1347063477911707653

https://twitter.com/jannanick95/status/1347146224898433025

Tambahnya, disebabkan itu perfileman negara mempunyai garis panduan yang perlu diikuti agar tidak mempengaruhi ‘vibes’ negatif seperti yang ditonjolkan dalam filem The Purge.

Akan tetapi, kenyataan Janna dibidas oleh pengguna Twitter @notsoaidil dengan memberikan fakta berkaitan isu yang sering ditonjolkan dalam filem-filem tersebut dimana memaparkan sedikit sebanyak ‘realiti’ kehidupan di Amerika Syarikat.

https://twitter.com/jannanick95/status/1347150447019134976

Seperti sudah kalah perdebatan, Janna Nick yang melabel pengguna Twitter tersebut ‘loser’ telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen berpendapat jika Janna Nick tidak setuju dengan pendapat orang lain, tidak perlu untuk bersikap seperti itu.

Malah, para netizen juga terkejut dengan ciapan balas Janna Nick dimana tidak menghormati pendapat orang lain.

https://twitter.com/aaiinnggg_/status/1347174502585618433

https://twitter.com/W4TERWORKS/status/1347178978960830469

Perdebatan dan juga kenyataan Janna Nick ini berjaya ‘trending’ nombor 1 di Twitter semalam. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Kenapa Anda Dilarang Menggunakan Gambar Ini Sebagai ‘Meme’ Atau Bahan Jenaka?

Sistem Kesihatan Di Peringkat ‘Breaking Point’, Katil Hospital Di Seluruh Malaysia Hampir Penuh