Jika rakan anda terjatuh atau berlaku sesuatu yang lucu, adakah anda akan automatik gelak terlebih dahulu sebelum menghulurkan bantuan, bukan? Itulah apa yang berlaku kepada seorang gadis ditimpa satu kemalangan yang kelihatan lucu tapi sebenarnya berbahaya juga.

Sejak semalam, tular sebuah video TikTok yang dikongsi kembali beberapa pengguna media sosial lain yang menunjukkan seorang gadis terjatuh akibat tersadung wayar kipas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Apa yang menjadi bualan ramai adalah gadis yang tersadung wayar kipas itu dihempap oleh kipas berdiri. Menerusi video terbabit, rakannya yang merakam aksi itu bertindak ketawa dahulu sebelum rakannya yang lain membantu gadis yang jatuh itu.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur serta kasihan terhadap gadis itu. Malah, ada juga netizen yang beranggapan mungkin mereka sedang merakam video untuk tugasan belajar tetapi tiba-tiba berlaku kejadian tidak diingini seperti itu.

Tidak hanya itu, ada juga yang tertanya-tanya keadaan gadis tersebut sama ada baik-baik sahaja selepas terhempap kipas terbabit dan bersyukur kipas itu bukan dalam keadaan dibuka.