Rata-rata rakyat Malaysia tidak kira umur, bangsa dan agama, semua pasti mengenali nama seorang pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Lew. Demikian kerana beliau amat rajin melakukan aktiviti-aktivit kebajikan serta membantu rakyat yang memerlukan.

Baru-baru in kecoh di media sosial atas perkongsian beliau di laman Facebook di mana beliau telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan sebuah keluarga berbangsa Cina telah memeluk Islam dan telah mengucap dua kalimah syahadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsiannya di Facebook, perkara tersebut terjadi apabila beliau melawat sebuah gerai buah-buahan milik keluarga tersebut di Medan Gopeng dan alangkah terkejutnya apabila keluarga tersebut mengenali akan beliau.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah.

“Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang,” luah beliau.

Disebabkan terpegun melihat kerajinan satu keluarga terutama sekali anak-anak kecil yang berumur lingkungan 11 tahun hingga 7 tahun, beliau telah bertindak menghadiahkan kesemua adik beradik tersebut sebuah basikal setiap seorang.

Beliau berasa amat gembira melihat keluarga tersebut dan mendoakan perniagaan buah-buahan milik pasangan tersebut terus maju dan diberkati.

“Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat.

“Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” kongsi Ebit Lew di laman Facebook beliau.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Ustaz Ebit Lew membuat amal kebaikan dengan membantu mereka yang ingin memluk agama Islam.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai Ustaz Ebit Lew yang membantu membaiki kenderaan ‘aunty Foodpanda’ ini pada pautan di bawah.

Pernah Bekerja Sebagai Penulis Dan Miliki Kereta Kancil, Ebit Lew Kongsi Kisah ‘Aunty Foodpanda’

Ebit Lew Hadiahkan Basikal Lipat Buat Penghantar Makanan Tiada Kenderaan Dan Lesen

Pilu Dengan Pemergian Siti Nur Surya, Ebit Lew Ziarah Keluarga Arwah Di Terengganu

Sumber