Sebut sahaja Saharul Ridzwan, pasti ramai mengenali pelakon yang mula terkenal dengan drama Hati Perempuan pada tahun 2015. Boleh dikatakan sudah lama peminat tidak melihat wajahnya di kaca TV.
Menurut laporan, Saharul mengakui bahawa dirinya sudah lebih dua tahun tidak berlakon drama dan sebenarnya ada sahaja tawaran berlakon tetap dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare yang diusahakannya.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.
“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya.
Tambahnya, dia sudah tidak mengikuti perkembangan industri hiburan sejak 2021 dan berdasarkan pemerhatiannya, banyak perubahan dalam industri hiburan tanah air serta ada segelintir pembikin filem berani melanggar garis panduan seperti filem Mentega Terbang.