Sebut sahaja Eco Shop, mesti ramai sudah tahu kewujudan kedai ‘berhantu’ ini. Mana tidaknya, niat mahu membeli satu barang sahaja tapi kadangkala terbeli lebih daripada satu. Betul atau tidak?

Terbaharu, Eco Shop telah berkongsi sebuah iklan dipanggil ‘Kedai Saka’ di Facebook dan YouTube miliknya pada 22 Februari yang lalu. Menerusi iklan tersebut, kita dapat lihat bagaimana pelanggan yang masuk ke kedai Eco Shop tidak menemui pintu keluar dan membeli barangan yang bukan dalam ‘list’ pembelian mereka.

Lantaran itu, rata-rata netizen yang menonton iklan tersebut berasa terhibur dan boleh relate dengan diri mereka. Malah, para netizen turut berkongsi pengalaman mereka menjejakkan kaki ke dalam kedai ‘berhantu’ itu.

Screenshot 2021-02-24 at 10.08.31 AM

Screenshot 2021-02-24 at 10.09.08 AM

Screenshot 2021-02-24 at 10.09.40 AM

Apakah pendapat anda selepas menonton iklan ini? Cuba kongsikan pengalaman anda masuk ke kedai Eco Shop ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Dikecam Isu Iklan Rasis, Syatilla Melvin Tampil Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf

Netizen Tegur Lambakan Iklan Berunsur Dewasa Dan ‘Double Meaning’ Di Lebuh Raya