Dikenali dengan nama Z9 Elite Sdn Bhd sebelum ini, MYAirline Sdn Bhd tampil mengendalikan penerbangan pertamanya ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu pada 1 Disember 2022.

Untuk pengetahuan anda, MyAirline merupakan syarikat penerbangan tambang murah kedua negara serta baru sahaja mendapat pengesahan daripada Malaysian Aviation Comission (Maycom) untuk menawarkan servis tambang murah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan penerbangan pertama MYAirlines semalam, seorang pengguna Facebook Abd Razak Abd Hamid telah berkongsi pengalamannya menaiki penerbangan ke Kuching menaiki MYAirlines.

Menerusi perkongsiannya, proses check-in dan boarding sama seperti menaiki penerbangan lain tetapi sedikit kelam kabut, mungkin disebabkan ini syarikat penerbangan baharu dan hari pertama untuk penerbangan.

Menurutnya lagi, tempat duduk kapal terbang tersebut kurang selesa dan ruang kaki sama standard untuk penerbangan tambang murah. Tambahnya, pramugari kelihatan kurang berketerampilan seperti rambut tidak disisip rapi.

Walaupun ada sedikit kekurangan disebabkan baru beroperasi, dia berharap MYAirline ini dapat memberikan saingan hebat kepada syarikat penerbangan tambang murah lain serta meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Sekadar maklumat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyAirline Rayner Teo mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu juga merancang untuk terbang di rantau ASEAN selewat-lewatnya pada suku kedua tahun depan.