Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa buat warga Pantai Timur, namun kebolehan masyarakat Cina dan India bercakap dalam loghat seperti Kelantan dan Terengganu pasti saja akan mengujakan mereka yang tidak biasa dengan perkara itu.

Dan jika sebelum ini kita pernah dihiburkan dengan telatah gadis berbangsa Cina yang fasih bercakap dalam loghat Kelantan, kali ini kita dihiburkan pula dengan telatah gadis ini yang fasih berbicara dalam loghat Terengganu.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Menurut perkongsian Harian Metro, gadis tersebut yang dikenali Angellyn Tan Pei Ching dan menetap di Ganu mula menjadi perhatian netizen selepas video TikTok nya bercakap dalam loghat Terengganu atau Ganu mula dimuat naik beberapa hari lalu.

Boleh ker Orang Cina cakap Bahasa🤔🤔🤔 Terengganu 😂😅??? ❤️. (I Love Malaysia 🇲🇾) BANGGA DENGAN ORANG TERENGGANU 💖.💝Periharakanlah Terengganu💝.Tiktok : @cikAngel.Page : @Bunga Sayang 花爱 Florist Terengganu .Insta : @bungasayang_terengganu.Surprise Delivery : Www.wasap.my/601155058851.#bungasayang #gubahanmenyentuhjiwamu #rumahmenciptakebahagiaan #tiktokmalaysia #laughathome #floristmalaysia

Posted by Bunga Sayang 花爱 Florist Terengganu on Tuesday, 7 April 2020

Video pendek itu yang memaparkan beliau menyebut beberapa frasa dalam loghat Ganu itu mula tular dan turut menerima pujian daripada netizen menurutnya.

Menjelaskan lanjut mengenai video TikTok tersebut, Angelyn menjelaskan ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan keunikan loghat Terengganu kepada netizen di luar sana dan bukannya sekadar hiburan semata-mata.

Suka budu dan tempoyak

“Walaupun berbangsa Cina, tetapi saya bangga boleh berbahasa loghat Ganu, orang sekeliling lebih tertarik dengan saya apabila saya bertutur menggunakan loghat Ganu berbanding bahasa baku.

“Saya mempunyai 15 pekerja dan semuanya Melayu iaitu penduduk setempat, sekali gus terdorong menggunakan loghat Ganu dalam urusan seharian.

“Antara perkataan loghat Ganu yang paling saya suka guna dalam urusan seharian ialah, celok molek, bereh boh dan kelah mung,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut bagaiamana dia boleh bercakap dalam loghat Ganu dengan begitu fasih, Angelyn memberitahu kerana dia telah menggunakan loghat tersebut sejak berusia lima tahun lagi dan sering bergaul dengan masyarakat Melayu.

Bukan sahaja fasih bercakap Ganu dalam kehidupan seharian, malah beliau turut mendedahkan pernah memperolehi A1 bagi subjek Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) suatu ketika dahulu dan turut menggemari makanan tradisi masyarakat Terengganu seperti budu dan tempoyak.

“Bukan sahaja boleh berbahasa Melayu loghat Ganu, malah saya menggemari makanan orang Terengganu termasuk budu dan tempoyak,” tambahnya lagi.

Populariti aplikasi TikTok memang tidak dapat dinafikan dalam masyarakat kita sejak kebelakangan in. Baca juga kisah lelaki Cina ini yang sentiasa tular di aplikasi itu dan pernah mengejutkan negara apabila menaja pekerjanya ke Mekah di pautan di bawah. 

‘Sponsor’ Pekerja Ke Mekah, Rupanya Ini Identiti Sebenar Lelaki Cina Yang Tular Di TikTok

Lelaki Berbangsa Cina Ini Generasi Terakhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor

Anda Mungkin Suka