Sebelum ini, iklan bilik sewa yang sempit dan perlu berkongsi 3 orang serta mahal telah tular di media sosial. Isu tersebut mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perbalahan.

Lantaran itu, pengguna Twitter @EeyowH telah berkongsi tangkap layar perbualannya bersama pemilik rumah sewa. Cukup mengejutkan apabila bilik yang diiklankan sebenarnya terletak di ruang tamu dan berharga RM170 sebulan.

Hal itu cukup mengejutkan, lalu beliau tidak jadi menyewa di rumah tersebut. Perkongsiannya meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur kerana ruang tamu pun boleh dijadikan bilik sewa.

Malah, ada juga netizen yang berseloroh sudah seperti tempat untuk orang sakit yang menunggu orang datang menziarah. Harga yang ditawarkan juga tidak masuk akal kerana tidak memiliki privasi dan kemudahan lain.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat bahawa jika ada kawasan ‘parking’ pasti tuan rumah tersebut akan sewakan juga. Nampaknya masih ada yang mahu mengambil untung dengan sewakan rumah kepada ramai penyewa.

Adakah anda rasa berbaloi menyewa seperti ini dan apakah pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas isu bilik sewa sebelum ini, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai

Mahal Dan Sempit, Bilik Stor Di Kondominium Ini Disewa Dengan Harga RM1,515

Disangka Sewa Bilik, Lelaki Malaysia Ini Terkejut Ruang ‘Penghadang’ Ini Disewa RM1,709 Sebulan

Anda Mungkin Suka