Lelaki yang dikatakan berjaya menewaskan rekod 100 meter milik Usain Bolt di India baru-baru ini menolak jemputan kementerian sukan negara itu untuk menyertai ujian percubaan bersama pihak mereka.

Srinivas Gowda sebelum ini tular selepas aksinya berlari bersama kerbau dalam acara Kambala dirakam penonton dan catatan masa yang dibuatnya dikatakan berjaya mengatasi rekod dunia milik Usain Bolt pada 2009.

Main-Timeline.00_01_15_03.Still006
HYPE
Bagai Lilin Yang Membakar Diri, Pak Nil Kongsi Insan Di Sebalik Kejayaan Dalam Hidupnya
Baca lagi →

Kepantasan yang dipamerkan Gowda itu kemudiannya menarik perhatian dunia dan menteri sukan India tidak menunggu masa yang lama untuk menawarkan sesi percubaan buatnya bersama pasukan olahraga India.

Gowda bagaimanapun pada dua hari lepas dilaporkan menolak jemputan tersebut kerana kecederaan dan sudah terbiasa berlari bersama kerbau di sawah padi.

“Saya mengalami kecederaan kaki dan fokus saya kini adalah pada acara Kambala.

“Saya juga sudah terbiasa berlari bersama kerbau di sawah padi,” katanya pada BBC.

Bagi anda yang masih tidak tahu, Kambala adalah merupakan acara sukan tradisional yang berasal dari Karnataka.

Acara ini memerlukan peserta berlari bersama dua ekor kerbau yang telah diikat bersama merentasi kawasan sawah padi yang berlumpur.

Walaupun mendapat tentangan hebat dari pejuang hak haiwan, acara itu diteruskan kembali pada 2018 selepas mendapat perintah mahkamah untuk mengharamkan acara itu beberapa tahun sebelum.

Berhubung catatan masa yang dibuat Gowda di acara Kambala itu, pakar dan setiausaha Akademi Kembala, Prof Gunapala Kadamba berkata perkara itu sedikit merisaukan.

“Pihak Olimpik mempunyai cara yang lebih saintifik dan peralatan elektronik yang jauh lebih baik untuk mengukur kelajuan sebenar,” katanya.

Malah, BBC juga melaporkan perbandingan catatan masa yang dibuat Gowda dan Bolt adalah tidak tepat memandangkan dia berlari menggunakan bantuan daripada kerbau.

Ini kerana menurut pakar, kerbau boleh menghasilkan kelajuan sehingga 56 km/j berbanding Bolt yang hanya mencapai 44.72 km/j pada 2009 ketika mencatatkan rekod dunia tersebut.

Lihat aksi Gowda sebelum ini di Kambala yang berjaya dirakam penonton. Klik pautan di bawah untuk menonton. 

Gunakan Bantuan Kerbau Ketika Berlari, Lelaki Ini Padamkan Rekod Dunia Usain Bolt

Tonton Gol Pertama Usain Bolt Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

Anda Mungkin Suka