Tentera Zionis sememangnya menjadi musuh buat sejumlah besar rakyat Malaysia. Tindakan mereka yang kejam dalam melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin antara yang membuatkan mereka tidak disukai ramai.

Tindakan mereka membuat serangan terhadap Gaza secara besar-besaran pada pertengahan tahun lalu seolah menambah kebencian orang ramai terhadap tentera Zionis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @fakhrifadzli, beliau mengongsikan sebuah klip yang diperoleh menerusi aplikasi TikTok memaparkan tindakan tentera Zionis yang seolah bangga dan seronok mencuri air gas daripada mesin air. Lebih membuatkan netizen jelik, tentera Zionis ini dengan selamba melakukannya sambil memakai kippah dan beruniform tentera.

Telatah tentera Zionis ini secara tidak langsung membuatkan netizen berang dan mengundang kepada pelbagai kritikan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Sebelum ini, selepas Malaysia muncul sebagai negara yang kuat mengecam Israel serta turut membuat godaman pengkalan data Israel menerusi kumpulan hacker, negara Malaysia sering kali menjadi perhatian Israel. Membandingkan jumlah pingat yang diraih sewaktu Olimpik antara yang dilakukan sambil memperlekeh kemampuan Malaysia.

Lihat juga telatah warga Israel ini yang memerli kedudukan Malaysia dalam sukan Olimpik 2020 selepas Israel berjaya meraih jumlah pingat melebihi Malaysia.

‘Where Is Malaysia?’- Warga Israel Ini ‘Perli’ Kedudukan Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2020

‘To My Friends In Malaysia’ – Aktivis Israel Ini ‘Koyak’ Dikecam Netizen Malaysia

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel