3 orang adik-beradik telah menyesal mengabaikan ayah mereka saat menerima berita kematian ayah melalui kad dan pesanan SMS. Semuanya gara-gara sibuk dengan kehidupan masing-masing sebagai seorang doktor, eksekutif dan suri rumah tangga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap kali tiba musim perayaan, si ayah langsung tidak menerima kunjungan dari anak-anak. Dia hanya mampu melihat keseronokan jirannya menyambut kepulangan anak-anak sahaja. Siapa tidak berasa sedih dan sebak apabila diabaikan begitu sekali.

Ayah yang semakin tua itu masih mengharapkan perhatian anak-anak dan gelak tawa bersama cucu-cucu meskipun sudah bertahun dia keseorangan di rumah. Anak-anak pula saban tahun berjanji akan pulang ke rumah untuk bersama ayah. Tapi janji tinggal janji apabila kesibukan melanda diri.

Sampailah satu detik waktu di mana setiap yang bernyawa akan mati, bukan kad ucapan perayaan diterima oleh anak-anak tetapi kad jemputan ke pengebumian ayah. Ia satu tamparan hebat buat anak-anak yang tidak menghargai ayahnya sendiri.

Adakah mereka boleh mengembalikan masa untuk menghargai ayah yang telah membesarkan mereka?

Tonton keseluruhan kisah di sini:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram