Penyanyi dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar Farisha Iris atau nama sebenarnya Farisha Iris Asmadi, menarik perhatian netizen baru-baru ini di Konsert Raisa: Live In Malaysia yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur Ahad lalu.

Sebelum mempersembahkan lagu berjudul Mantan Terindah di tengah-tengah persembahan, Raisa sempat bergurau meminta penontonnya berhubung dengan bekas kekasih mereka. Kemudiannya, Raisa mencari peminat yang sporting untuk naik atas pentas bagi cabaran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@farisha_iris/video/7168570532441378074?embed_source=70842511%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=gempak.com%2Fberita-terkini%2Fvideo-crack-gila-dia-ni-netizen-suka-farisha-iris-lawak-kena-call-ex-bf-atas-stage-buat-konsert-raisa-macam-konsert-sendiri-76674&referer_video_id=7168145629695184155

Selepas itu, peserta Big Stage musim ketiga itu dipilih untuk melakukan cabaran itu, namun pelbagai gelagat yang lucu dilakukan olehnya dan membuat orang ramai terhibur.

Bahkan, dia turut berceloteh dalam bahasa Indonesia dengan Raisa sambil menunjukkan riak wajah yang blur, gementar dan teruja sekaligus membuat penonton ketawa.

Kebanyakkan peminat di konsert Raisa merakam telatah lucunya dan video tersebut menjadi tular selepas dimuat naik ke akaun TikTok mereka. Salah satu video yang viral dari akaun @eja.je.

@era.je

Hahahaa lawak la peminat Raisa, Farisha Iriz ni. Putus sebab nak bertaubat eh. Rasa betul ke alasan nak putus ni? Tapi untung la dapat naik 1 stage dengan Raisa. 😍 #sharERA #LiveUpdateERA #RaisaLiveinMalaysia

♬ original sound – ERA – ERA

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyukai gelagat lucu Farisha Iris itu dan mengatakan Farisha seorang sangat kelakar serta boleh buat konsert komedi sendiri.

Pada 14 September lalu, tiket konsert Raisa mula dijual pada harga RM200 dan ke atas dan 60% daripada tiket telah berjaya dibeli oleh peminat dalam masa empat jam sahaja.