Kerajaan peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat minyak milik Malaysia, Petronas, menurut sumber. Langkah ini berikutan situasi tegang yang semakin meningkat antara Malaysia dan Sudan setelah isu rampasan aset Petronas yang dilakukan minggu lalu.

Sumber Daily Sabah mengatakan tindakan terhadap Petronas serta pelabur asing lain dengan tuduhan rasuah boleh memberi kesan negatif kepada hubungan dua hala di masa depan. “Banyak negara lain yang telah melakukan banyak investasi di Sudan juga mengawasi situasi dengan teliti. Mereka bimbang mereka mungkin menjadi sasaran kerajaan peralihan berikutnya,” kata mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber mengatakan bahawa syarikat luar yang bertapak di Sudan kini mula menjadi sasaran. Fu Hong Construction, sebuah syarikat infrastruktur China, didakwa telah menaikkan kos projek. Tindakan serupa dilakukan terhadap Grand Holiday Villa Ltd. milik Pakistan di Khartoum.

Sudan kini berkeras mempertahankan tuduhannya terhadap syarikat minyak milik Malaysia yang didakwa diperoleh secara tidak sah ketika pemerintahan bekas pemimpin Omar al-Bashir. Petronas dalam maklum balas kepada Bernama dan dilaporkan oleh Berita Harian menafikan tuduhan kerajaan peralihan Sudan dan menyatakan bahawa hak milik tanah tersebut diperoleh mengikut jalan undang-undang yang sah.

Petronas berkata, ia kini bekerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia bagi menggunakan semua saluran diplomatik dengan pihak berkuasa Sudan dalam usaha meleraikan isu berkaitan. Isu hak milik tanah yang turut menempatkan Kompleks Petronas di Khartoum kini sudahpun berada diperingkat permohonan arbitrasi (timbang tara) di Pusat Antarabangsa Bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID).

Berikutan penggulingan Omar al-Bashir, kerajaan peralihan meluluskan akta dan membentuk Jawatankuasa Penghapusan, Pencegahan Rasuah dan Pengambilan Wang (ERC). Ia ditugaskan untuk meninjau perjanjian dan mengambil aset yang didakwa diperoleh dengan cara haram di bawah pentadbiran sebelumnya.

Selain menyiasat mantan presiden dan lingkaran dalamannya, jawatankuasa itu juga telah menyasarkan dan membuat tuduhan terhadap pelabur asing dan merampas aset mereka.

Petronas Malaysia telah hadir di Sudan selama lebih dari 20 tahun dan membantu negara itu menjadi negara pengeksport minyak. Sekatan Amerika Syarikat terhadap Sudan sebagai negara yang menaja terorisme telah menimbulkan cabaran besar bagi syarikat asing, termasuk Petronas.

Projek pertama di dunia milik Petronas ini bakal jadi kebanggaan rakyat Malaysia. Untuk membaca, klik pautan di bawah.

Projek Pertama Di Dunia Milik Petronas Ini Bakal Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

Realiti Bekerja Dengan Petronas Yang Orang Kita Sering Salah Anggap

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS