Nota Editor: Perkongsian ini telah dipaparkan di Facebook Page The Patriot. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia dapat membawa kita sama-sama berfikir dan meneladani sudut kejayaan yang telah dicapai oleh negara ini.

Perkongsian ini tidaklah bermakna kami mengiktiraf negara Israel itu sendiri. Tidak salah jika kita mencontohi kemajuan dari sudut positif yang telah diraih oleh mereka untuk ditiru dan aplikasikan dalam hidup kita, agar dapat melahirkan jenerasi yang lebih berjaya dan seterusnya dapat membela ummah.

RAHSIA DI SEBALIK KEMAJUAN NEGARA ISRAEL

Apabila seseorang mengkaji tentang peredaran kemajuan dunia, semestinya nama yang merupakan sebahagian daripada teratas adalah Israel dalam berbagai-bagai sektor, seperti perbelanjaan untuk Research and Development (R&D), kepentingan ketenteraan, kekayaan negara (KDNK), pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Persoalannya, apakah rahsia mereka? Tanpa henti, mereka semakin jadi gergasi dari segi inovasi dengan populasi kurang daripada 10 juta orang. Mereka sudahpun menghiasi prasarana-prasarana ekonomi mereka dengan lebih kurang 5,000 syarikat, yang kebanyakannya berteknologi tinggi. Bilangan besar inilah yang sedang membawa Israel kearah kemegahan teknologi global.

Dengan gabungan kebudayaan, persekitaran dan kerajaan yang dinamik, Israel sudah mampu menandingi Silicon Valley. Bukan sahaja bilangan syarikat mereka yang melahirkan perasaan “rambang mata” kepada masyarakat asing, tetapi hasil inovasinya yang sememangnya mengagumkan.

yahudi-3

Tiga kejayaan besar mereka adalah:
1. Waze – perisian sistem navigasi GPS yang berjaya meraih 50 juta pengguna;
2. OrCam – teknologi yang membenarkan orang-orang buta yang mempunyai saraf mata yang sempurna untuk melihat;
3. Phinergy – bateri lithium kereta yang menggandakan jarak kegunaan kereta-kereta elektrik.

Gabungan kejayaan-kejayaan ini bersama dengan beribu-ribu lagi sedang membuatkan Israel menjadi “startup nation” yang merupakan intipati terbaik buat negara tersebut dan ekonomi global. Bursa Saham Tel Aviv pula mempunyai senarai sebanyak 616 syarikat yang setiap syarikat tersebut mempunyai 12,500 rakyat, tetapi jauh beza dengan Amerika Syarikat yang menggabungkan 47,000 rakyat kepada setiap syarikat.

Namun, kejayaan-kejayaan ini hanyalah sejarah semata-mata. Yang melahirkan persoalan, bagaimana mereka boleh berjaya? Secara umumnya, dunia yang membenci Israel akan berasa dengki dan mengaburkan kejayaan mereka dengan, “Amerika sedang bantu”.

Perasaan anti-Semitisme sentiasa membuak dalam darah manusia yang akan membutakan mereka sendiri daripada mencontohi kejayaan Israel walaupun menempuhi cabaran-cabaran sangat besar.

Israel – yang mengisytiharkan kedaulatan pada tahun 1948 boleh memenangi sebuah peperangan yang dengan mudah sahaja boleh patahkan orang lain.

Pada setiap generasi, kejayaan tersebut sentiasa bersilih ganti, sehingga hari ini, Israel telah berjaya menjadi hub berteknologi tinggi di kawasan yang sangat berbahaya dan lebih menakjubkan lagi, Israel merupakan negara yang berdikari.

Tetapi, mereka tidak menyimpan rahsia mereka. Mereka berkongsi kepada dunia bahawa kejayaan mereka merupakan hasil kepada gabungan asas-asas seperti kepintaran, kreativiti, produktiviti, kebebasan dan keazaman untuk berlawan dengan halangan-halangan mereka yang sangat besar jisimnya.

Kesemua ini diterapkan melalui sistem pendidikan mereka yang sangat aktif dari segi penyertaan.

Perkara kedua yang menjamin kejayaan negara tersebut adalah ideologi ketenteraan mereka. Ini merupakan subjek yang sangat terperinci kerana perkhidmatan tentera, dengan gabungan bahaya-bahaya yang mengancam negara tersebut telah menyemai sifat keseriusan dari segi visi dan misi kebudayaan mereka untuk menerima segala jenis risiko asalkan menang.

Mudah kata, rakyat mereka sudah tidak mahu menjadi gelandangan seperti dalam sejarah, dimana mereka dicaci, dimaki dan ditindas.

yahudi-2

Bayangkanlah, setelah berkecainya kedaulatan mereka pada tangan Rom oleh kerana peperangan yang berlangsung selama 70 tahun yang menyebabkan musnahnya Kuil Yahudi mereka, mereka telah melakarkan berbagai-bagai usaha untuk bebas.

Apa yang tidak dicipta? Semuanya dicipta untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi ia mengundang daripada satu malapetaka ke satu lagi malapetaka, akhirnya berakhir pada Malapetaka Besar, dimana Adolf Hitler membunuh berjuta-juta umat mereka.

Apakah mereka akan kembali ke status gelandangan? Tidak.

Oleh itu, pada ketika sesetengah masyarakat memegang kepada sejarah untuk mengekalkan kedaulatan, Israel memegang kepada ekonomi yang membenarkan mereka memegang kuasa. Mereka mendrafkan pelaburan demi pelaburan dalam teknologi pertahanan dan sebagainya, seperti komersial.

Selain itu, Israel merupakan negara imigran dan berbilang bangsa, membenarkan perbezaan dari segi pendapat – yang memastikan kreativiti dan inovasi melalui aliran idea yang bernas dan gabung tenaga ramai orang yang mempunyai perspektif yang berbeza. Israel juga berkongsi dengan pendapat Amerika Syarikat bahawa, “kegagalan merupakan pendidikan, bukannya lencana kejatuhan maruah”.

Semangat berniaga mereka bermula daripada didikan keluarga yang senantiasa menuntut kejayaan daripada anak-anak mereka untuk bekerja keras. Dengan berbagai-bagai gabungan strategi kejayaan, tidak mengejutkanlah kenapa Israel terlalu kuat dan negara mereka mempunyai konsep yang dinamik.

BACA: Lelaki Ini Menulis Tentang 10 Fakta Palestin Dan Israel Untuk “Dummies”

BACA juga: Selepas Melihat Ini, Anda Akan Faham Tentang Konflik Israel-Palestin. Pastikan Anda Tidak Duduk Serumah Dengan Yahudi

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram