Siapa yang tidak mengenali penyanyi Sufian Suhaimi yang terkenal dengan lagu Di Matamu? Baru-baru ini, Sufian telah terpilih dan tercalon dalam satu anugerah  berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global.

Untuk pengetahuan anda, Sufian dipilih sebagai penerima anugerah ‘Most Admired Leaders’ bagi kategori hiburan di Asia Awards 2019 yang akan berlangsung di Herald Global di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2019 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Asia Awards 2019 yang dianjurkan Herald Group berpusat di Mumbai, India itu akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sempena Malaysia Global Business Symposium 2019.

Pada awalnya, Sufian beranggapan ianya hanyalah satu skim penipuan tetapi setelah dihubungi pihak berkenaan dan diterangkan dengan lebih jelas lagi barulah beliau percaya akan kewujudan anugerah tersebut.

Justeru itu, beliau berasa bangga kerana terpilih dan bersyukur serta berharap dapat membanggakan rakyat Malaysia dengan penganugerahan tersebut. Tahniah Sufian Suhaimi atas anugerah yang bakal diterima.

Sumber