Penyanyi rap legenda Tupac Shakur atau 2pac yang pernah popular dengan lagu ‘Hit Em Up’ sekitar tahun 90-an telah dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1996 selepas dibunuh keika memandu.

Namun kini setelah 22 tahun tragedi itu berlalu, nama Tupac disebut-sebut semula selepas anak lelaki Marion Suge Knight mendakwa penyanyi tersebut masih hidup dan kini tinggal di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Marion Suge Knight dipenjarakan kerana dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Pendedahan tersebut dilakukan di laman Instagramnya dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan peminat dan media di Amerika Syarikat. Pendedahan ini bermula semenjak 2 hari lepas dengan hanya memberikan hint mengenai berita yang bakal beliau sampaikan sehinggalah beliau akhirnya memuat naik satu post yang mengatakan Tupac masih hidup.

https://www.instagram.com/p/BocV6_MnzFQ/

Surge J. Knight kemudian berterusan memuat naik InstaStories mengenai berita tersebut. Surge J. Knight juga sempat memberitahu bahawa berita ini sebenarnya ada kaitan dengan Illuminati. Bukan itu sahaja, dia juga mengaitkan ‘kawalan Illuminati’ dalam skandal ini apabila Instagram tiba-tiba tidak boleh diakses semalam.

sjk1-horz

Surge J. Knight juga seterusnya memuat naik beberapa video yang menunjukkan dia sedang berada dalam keadaan panik dan mendakwa ‘mereka’ sedang megejarnya malah ada satu lagi video yang dipercayai pihak Illuminati sedang menelefonnya.

https://www.instagram.com/p/BodPjpHn7ZZ/

https://www.instagram.com/p/BoevkRwHxXv/

Lebih mengejutkan lagi, post terbaharunya mengenai video Tupac yang didakwa diberikan oleh sumber dari Malaysia.

https://www.instagram.com/p/BoftCcdntkU/

Surge J. Knight juga sempat memberitahu bahawa dia tidak bergurau, berada dalam keadaan waras dan bukannya khayal. Peminat memberikan pelbagai reaksi dalam post-post yang dimuatnaik olehnya, ada yang percaya, ada yang meminta dia untuk menghentikan gurauan tersebut. Bagaimana pula pendapat anda?